Kampung Sungai Tali
![Kampung Sungai Tali is located in Bumi](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b0/World_location_map_%28equirectangular_180%29.svg/240px-World_location_map_%28equirectangular_180%29.svg.png)
![Kampung Sungai Tali](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0c/Red_pog.svg/8px-Red_pog.svg.png)
Kampung Sungai Tali ialah sebuah kawasan di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang.[1] Kampung Sungai Tali juga merupakan sebahagian kawasan Kampung Lumut II (Dua).[perlu rujukan]
Geografi
Kampung Sungai Tali terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[perlu rujukan] Ia berjiran dengan petempatan Kampung Sungai Taring di bahagian timur.[2] Kampung Sungai Taring juga merupakan salah satu petempatan yang terletak di pesisir pantai dengan Laut Cina Selatan.[2]
Pentadbiran
Kawasan Kampung Sungai Tali secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Sungai Tali adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut II.[perlu rujukan]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 31–32. Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ^ a b "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn. Dicapai pada 10 Jun 2018.