Kampung Agis-Agis
![Kampung Agis-Agis is located in Bumi](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b0/World_location_map_%28equirectangular_180%29.svg/240px-World_location_map_%28equirectangular_180%29.svg.png)
![Kampung Agis-Agis](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0c/Red_pog.svg/8px-Red_pog.svg.png)
Kampung Agis-Agis ialah sebuah kawasan di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Agis-Agis ialah KC3335.[2]
Geografi
Kampung Agis-Agis terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[perlu rujukan] Ia berjiran dengan Kampung Perumpong di bahagian timur laut, Kampung Sungai Lalit di bahagian selatan dan Kampung Sungai Kuru di bahagian barat.[3]
Pentadbiran
Kawasan Kampung Agis-Agis secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Agis-Agis adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[perlu rujukan]