Zodiak Cina

Dua belas haiwan
dalam zodiak Cina:
Tikus Lembu
Harimau Arnab
Naga Ular
Kuda Kambing
Monyet Ayam
Anjing Khinzir


Zodiak Cina
Zodiak Cina
Bahasa Cina生肖code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinShēngxiào
Wu
Perumiansen平siau去
Hakka
Perumiansensiau
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Jyutpingsaang1ciu3
Bahasa Min Selatan
POJ Bahasa Hokkiensingsiàu
Bahasa Min Timur
BUC FuzhouSăng-ngáu
Shuxiang
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinShǔxiang
Wu
Perumianzoh入sian平
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Jyutpingsuk6soeng1
Bahasa Min Selatan
POJ Bahasa Hokkiensio̍ksiùnn

Dalam astrologi Cina, terdapat satu zodiak Cina, iaitu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak. Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya.[1]

Asal-usul Zodiak Cina

Terdapat banyak lagenda yang menerangkan permulaan zodiak, antaranya cerita yang diringkaskan seperti berikut:

Sang tikus ditugaskan menjemput para haiwan untuk melapor diri menghadap Maharaja Jed untuk satu jamuan dan juga pemilihan bintang zodiak. Mula-mulanya sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang tikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari kemudian. Maka sang kucing terus tidur dan terlepas majlis jamuan kerana menyangka jamuan itu diadakan pada hari kemudian. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh semulajadi tikus untuk selamanya.

Bagaimanapun, kucing ada mengambil tempat di zodiak Vietnam, menggantikan tempat arnab (lihat bawah).

Intisari

Peringatan: aksara-aksara Cina bagi bintang-bintang haiwan dalam jadual ini merupakan aksara khusus untuk astrologi, bukannya aksara-aksara yang biasa digunakan dalam penulisan am.

Bintang Dahan
Duniawi
Yin/Yang Tigaan Unsur Sifat baik Sifat buruk
Tikus code: zh is deprecated Yang 1 Air Terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintar Bermanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi, licik
Lembu code: zh is deprecated chǒu Yin 2 Tanah Boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat Degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar, suka mendesak
Harimau code: zh is deprecated yín Yang 3 Kayu Sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hati Mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil, mementingkan diri
Arnab code: zh is deprecated mǎo Yin 4 Kayu Baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibel Ada angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka mengurut nafsu, oportunis, pemalas
Naga code: zh is deprecated chén Yang 1 Tanah Baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati, setia Sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru, kasar
Ular code: zh is deprecated Yin 2 Api Berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad Penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta
Kuda code: zh is deprecated Yang 3 Api Periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbuka Tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil, kurang tabah
Kambing code: zh is deprecated wèi Yin 4 Tanah Soleh, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, mencari perlindungan Ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung, suka merungut
Monyet code: zh is deprecated shēn Yang 1 Logam Pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektual Egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati, mudah sangsi
Ayam code: zh is deprecated yǒu Yin 2 Logam Tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawab Terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar, terlalu yakin akan pendapatnya
Anjing code: zh is deprecated Yang 3 Tanah Jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigih Sinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil, suka bergaduh
Babi code: zh is deprecated hài Yin 4 Air Jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar, cerdik Naif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengikut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik, materialistik

Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman), hari dan jam seharian (haiwan rahsia).

Pendek kata, sungguhpun seseorang berbintang Naga semata-mata kerana lahir pada tahun naga, namun dia juga boleh berbintang Ular secara dalaman dan juga berbintang Lembu secara rahsia. Maka itu, terdapat sejumlah 8,640 kombinasi yang boleh (lima unsur x 12 haiwan dalam kitaran 60 tahun (12 x 5 = 60), 12 bulan, 12 waktu sehari) menentukan seseorang. Semua ini dipandang berat demi pengamalan astrologi Cina yang sebetulnya.

Bulan - haiwan dalaman

12 haiwan juga dikaitkan dengan kalendar pertanian tradisional Cina yang bersampingan dengan kalendar qamari yang lebih dikenali. Kalendar ini dibahagi kepada 24 segmen dua minggu yang dikenali sebagai jieqi (Cina Tradisional: 節氣code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 节气code: zh is deprecated , pinyin: jiéqì) atau tempoh suria. Setiap haiwan dihubungkan kepada dua tempoh suria ini selama satu jangka masa yang seiras dengan bulan Barat. Tidak seperti kalendar qamari yang berubah-ubah dalam jurang sebulan jika dikaitkan dengan kalendar Barat, kalendar pertanian ini hanya berubah-ubah dalam jurang sehari, iaitu bermula pada 3 atau 4 Februari setiap tahun Barat. Begitu juga, tidak seperti kitaran tahun qamari yang bermula dengan tahun Tikus, kalendar pertanian ini bermula dengan bintang Harimau sebagai haiwan pertama musim bunga.

Bintang haiwan bulanan seseorang adalah haiwan dalamannya dan berkenaan dengan apa yang mendorong seseorang itu. Oleh sebab bintang ini menentukan kehidupan asmara dan persona dalamannya, adalah penting untuk memahami secara teliti keserasiannya dengan bintang-bintang lain.

Oleh sebab setiap bintang zodiak dihubungkan dengan sebulan dalam tahun suria, maka bintang itu juga dihubungkan dengan satu musim. Setiap unsur-unsur berikut juga dikaitkan dengan satu musim (lihat di atas), dan unsur yang berkongsi musim dengan bintang zodiak tertentu itu dikenali sebagai unsur tetap bintang itu. Dalam erti kata lain, unsur itu dipercayai memberikan beberapa sifatnya kepada bintang yang berkenaan. Unsur tetap setiap bintang ini turut dikaitkan dengan bintang tahun dan jam, bukan sahaja bintang bulanan. Adalah diingatkan bahawa unsur tetap ini berasingan daripada kitaran unsur yang berinteraksi dengan bintang-bintang haiwan dalam kitaran 60 tahun.

Longitud
matahari
Jieqi Tarikh Barat Bulan Qamari Unsur
tetap
Musim
314° 立春code: zh is deprecated lìchūn 4 Feb - 18 Feb pertama
code: zh is deprecated Harimau
Kayu Bunga
329° 雨水code: zh is deprecated yǔshuǐ 19 Feb - 5 Mac
344° 啓蟄code: zh is deprecated qǐzhé (驚蟄code: zh is deprecated jīngzhé) 6 Mac - 20 Mac ke-2
code: zh is deprecated Arnab
Kayu Bunga
春分code: zh is deprecated chūnfēn 21 Mac - 4 Apr
14° 清明code: zh is deprecated qīngmíng 5 Apr - 19 Apr ke-3
code: zh is deprecated Naga
Kayu Bunga
29° 穀雨code: zh is deprecated gǔyǔ 20 Apr - 4 Mei
44° 立夏code: zh is deprecated lìxià 5 Mei - 20 Mei ke-4
code: zh is deprecated Ular
Api Panas
59° 小滿code: zh is deprecated xiǎomǎn 21 Mei - 5 Jun
74° 芒種code: zh is deprecated mángzhòng 6 Jun - 20 Jun ke-5
code: zh is deprecated Kuda
Api Panas
89° 夏至code: zh is deprecated xiàzhì 21 Jun - 6 Jul
104° 小暑code: zh is deprecated xiǎoshǔ 7 Jul - 22 Jul ke-6
code: zh is deprecated Kambing
Api Panas
119° 大暑code: zh is deprecated dàshǔ 23 Jul - 6 Ogos
134° 立秋code: zh is deprecated lìqiū 7 Ogos - 22 Ogos ke-7
code: zh is deprecated Monyet
Logam Luruh
149° 處暑code: zh is deprecated chùshǔ 23 Ogos - 7 Sep
164° 白露code: zh is deprecated báilù 8 Sep - 22 Sep ke-8
code: zh is deprecated Ayam
Logam Luruh
181° 秋分code: zh is deprecated qiūfēn 23 Sep - 7 Okt
194° 寒露code: zh is deprecated hánlù 8 Okt - 22 Okt ke-9
code: zh is deprecated Anjing
Logam Luruh
211° 霜降code: zh is deprecated shuāngjiàng 23 Okt - 6 Nov
224° 立冬code: zh is deprecated lìdōng 7 Nov - 21 Nov ke-10
code: zh is deprecated Babi
Air Sejuk
244° 小雪code: zh is deprecated xiǎoxuě 22 Nov - 6 Dis
251° 大雪code: zh is deprecated dàxuě 7 Dis - 21 Dis ke-11
code: zh is deprecated Tikus
Air Sejuk
271° 冬至code: zh is deprecated dōngzhì 22 Dis - 5 Jan
284° 小寒code: zh is deprecated xiǎohán 6 Jan - 19 Jan ke-12
code: zh is deprecated Lembu
Air Sejuk
301° 大寒code: zh is deprecated dàhán 20 Jan - 3 Feb

Jam - haiwan rahsia

Zodiak Cina juga digunakan untuk melabel waktu-waktu dalam sehari, dengan setiap bintang bersamaan satu "jam besar" atau shichen (時辰code: zh is deprecated ), iaitu satu tempoh dua jam (24 bahagi 12 haiwan). Maka itu adalah penting bagi seseorang mengetahui waktu lahir setepatnya untuk menentukan bintangnya ini. Haiwan rahsia ini dipercayai merupakan lambang paling tepat mengenai seseorang, kerana haiwan ini ditentukan melalui penyebut yang terkecil, iaitu waktu lahir seseorang. Oleh sebab bintang ini ditentukan berasaskan kedudukan matahari di langit dan bukan waktu jam tempatan, adalah penting untuk mengimbangi waktu simpanan siang.

Jam besar kelahiran seseorang ialah haiwan rahsianya, iaitu bintang sebenarnya yang dijadikan dasar personaliti seseorang itu. Diingatkan walaupun jadual ini agak tepat, namun waktu sebenar peralihan bintang beruah-ubah mengikut hari.

  • 23:00 - 01:00: code: zh is deprecated Tikus
  • 01:00 - 03:00: code: zh is deprecated Lembu
  • 03:00 - 05:00: code: zh is deprecated Harimau
  • 05:00 - 07:00: code: zh is deprecated Arnab
  • 07:00 - 09:00: code: zh is deprecated Naga
  • 09:00 - 11:00: code: zh is deprecated Ular
  • 11:00 - 13:00: code: zh is deprecated Kuda
  • 13:00 - 15:00: code: zh is deprecated Kambing
  • 15:00 - 17:00: code: zh is deprecated Monyet
  • 17:00 - 19:00: code: zh is deprecated Ayam
  • 19:00 - 21:00: code: zh is deprecated Anjing
  • 21:00 - 23:00: code: zh is deprecated Babi

Zodiak Cina di negara lain

Bintang-bintang zodiak Cina juga digunakan oleh budaya-budaya selain Cina. Contohnya, haiwan-haiwan ini muncul dalam kad dan setem pos Tahun Baru Jepun. Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat dan negara-negara lain juga mengeluarkan setem pos "Year of the _____" ("Tahun _____") setiap tahun untuk mengenang warisan budaya Cina ini. Namun begitu, sesiapa yang tidak biasa dengan penggunaan kalendar qamari Cina biasanya cuma menganggap bahawa peralihan bintang zodiak berlaku pada 1 januari setiap tahun. Sesiapa yang serius mengenai aspek penilikan bintang zodiak boleh merujuk jadual-jadual di atas.

Zodiak Cina juga digunakan di beberapa negara Asia lain yang pernah dipengaruhi budaya Cina, namun adanya haiwan zodiak yang berbeza antara negara.

Asia Timur

Zodiak Vietnam hampir seiras dengan zodiak Cina kecuali bahawa bintang kedua ialah kerbau dan bukannya lembu, dan bintang keempat ialah kucing menggantikan arnab yang ada di zodiak tradisi cina. Zodiak Jepun menempatkan babi hutan di tempat babi dan di tempat kambing digantikan oleh biri-biri. Zodiak Korea pula, berkongsi sama dengan zodiak cina.

Asia Tenggara

Zodiak Thai pula menempatkan sejenis ular besar legenda (yang juga dipanggil "naga") di tempat naga Cina. Zodiak Melayu mempunyai susunan dan persamaan dengan zodiak cina namun mempunyai sedikit perubahan mengikut budaya dan fauna tempatan. Pelanduk menggantikan Arnab, Naga atau disebut juga sebagai ular besar sama seperti Zodiak Thai, manakala Ular disebut sebagai (Ular Sani). Akhir sekali, Kura (Kura-kura) menggantikan tempat Babi. Zodiak Champa pula menggantikan Monyet dengan Kura.

Perbandingan Haiwan Zodiak Cina dan Melayu:

Cina - Melayu

  • (code: zh is deprecated ) Tikus - Tikus (تيکوسcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Lembu - Lembu (لمبوcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Harimau - Harimau (هريماوcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Arnab - Pelanduk (ڤلندوقcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Naga - Naga atau Ular Besar (ناݢ / اولر بسرcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Ular - Ular atau Ular Seni (اولر / اولر سنيcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Kuda - Kuda (كوداcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Kambing - Kambing (کمبيڠcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Monyet - Monyet (موڽيتcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Ayam - Ayam (ايمcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Anjing - Anjing (انجيڠcode: ms is deprecated )
  • (code: zh is deprecated ) Babi - Kura-kura atau Kura (کورا / کورا٢code: ms is deprecated )

Orang Turkik

Orang Hun Eropah memakai zodiak Cina lengkap dengan "naga", "khinzir" dan lain-lain. Zodiak bersama Cina-Turkik ini pernah digunakan di Bulgaria Balkan sebelum orang Bulgar memeluk bahasa Slavia dan agama Kristian ortodoks. Berikut ialah kalendar zodiak pagan Bulgaria Turkik atau Hun, yang berbeza daripada zodiak Yunani tetapi seiras dengan zodiak Cina:

Kalendar Torè

Nama-nama tahun

  1. Kuzgé - Tikus
  2. Shiger/Artom - Lembu
  3. Ügur/Myachè Ügur - Harimau
  4. Taushan - Arnab
  5. Samar/Birgün - Naga
  6. Dilan - Ular
  7. Tuki/Tykha - Kuda
  8. Téké - Biri-biri/Kambing
  9. Bichin, Michin - Kera
  10. Tavuk - Ayam
  11. It - Anjing
  12. Shushma - Babi

Di Kazakhstan, satu kitaran haiwan yang serupa dengan zodiak Cina juga digunakan, tetapi naga diganti oleh siput babi, dan harimau pula merupakan harimau bintang.

Rujukan

  1. ^ Theodora Lau, The Handbook of Chinese Horoscopes, pp2-8, 30-5, 60-4, 88-94, 118-24, 148-53, 178-84, 208-13, 238-44, 270-78, 306-12, 338-44, Souvenir Press, New York, 2005