Zaman Yamato


Sejarah Jepun

  • Paleolitik
  • Zaman Jōmon
  • Zaman Yayoi
  • Zaman Kofun
  • Zaman Asuka
  • Zaman Nara
  • Zaman Heian
  • Kesyogunan Kamakura
    • Pemulihan Kemmu
  • Zaman Muromachi
    • Zaman Nanboku-chō
  • Sengoku Jidai
  • Pemerintahan Puak Oda dan Toyotomi/Zaman Azuchi-Momoyama
    • Perdagangan Nanban
  • Zaman Edo
    • Kesyogunan Tokugawa
  • Empayar Jepun
    • Pemulihan Meiji
  • Zaman Taishō
    • Jepun semasa Perang Dunia I
    • Demokrasi Taishō
  • Zaman Shōwa
    • Dasar peluasan kuasa Jepun
    • Jepun diduduki
    • Jepun Selepas Pendudukan
  • Zaman Heisei
  • Zaman Reiwa
  • Sejarah ekonomi
  • Sejarah pendidikan
  • Sejarah ketenteraan
  • Sejarah tentera laut

Glosari

Zaman Yamato (大和時代code: ja is deprecated , Yamato-jidai) ialah satu zaman dalam sejarah Jepun yang mana kerabat diraja Jepun memerintah negara dari Wilayah Yamato, kini dikenali sebagai Wilayah Nara. Zaman Yamato dibahagi kepada dua iaitu zaman Kofun dan zaman Asuka, yang dipisahkan oleh peristiwa perpindahan ibu kota ke kota Asuka, di wilayah Nara. Sebenarnya, zaman Kofun berupa zaman arkeologi manakala zaman Asuka pula bersejarah.

Walaupun dikatakan adalah dari tahun 250–710 (termasuk zaman Kofun (c 150-538) dan zaman Asuka (538-710)), tarikh permulaan pemerintahan Yamato amat diragui. Keagungan wangsa Yamato menerima tentangan kuat dari kuasa-kuasa lain di seluruh Jepun pada zaman Kofun. Sekurang-kurangnya puak-puak Yamato pasti banyak kelebihannya berbanding puak-puak lain pada abad ke-6.

Pada era Putera Shōtoku pada awal abad ke-7, Jepun menetapkan perlembagaan baru yang mencontohi China sebagai asas. Setelah tumbangnya kerajaan Baekje (660 M), kerajaan Yamato menghantar utusan terus ke istana China, di mana mereka memperoleh kekayaan struktur falsafah dan sosial. Selain tatasusila dan kerajaan, orang Jepun juga menerima guna takwim Cina dan memeluk agama-agama baru dari China, termasuk Konfusianisme dan Taoisme (Onmyō).

Peristiwa

  • 538: Kerajaan Baekje Korea mengutuskan perwakilan untuk memperkenalkan agama Buddha kepada maharaja Jepun
  • 593: Putera Shōtoku dari puak Soga memerintah Jepun dan menyebarkan agama Buddha
  • 600: Putera Shōtoku menghantar misi pertama Jepun ke China
  • 604: Putera Shōtoku mengeluarkan perlembagaan ala China (Kenpo Jushichijo), berasaskan rukun Confucius, secara de facto mengasas empayar Jepun
  • 605: Putera Shōtoku mengisytiharkan agama Buddha dan Confucius sebagai agama kebangsaan Jepun
  • 607: Putera Shōtoku membina kuil Buddha Horyuji di lembah Asuka
  • 645: Putera Shōtoku diwarisi oleh Maharaja Kotoku yang mengukuhkan kuasa diraja terhadap puak-puak bangsawan (Pembaharuan Taika), lalu menukarkan negeri mereka kepada wilayah

Rujukan

Sumber

  • Paekche of Korea and the Origin of Yamato Japan, Wontack Hong, Seoul: Kudara International, 1994. ISBN 89-85567-02-0 93910 Includes bibliographical references and index. Several PDF available online.