UiTM Kampus Alor Gajah

frames
frames

PENGENALAN


Kampus UiTM Alor Gajah merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Kampus ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1984 di Bachang. Pada bulan Januari 1994, kampus ini telah berpindah ke lokasi tetapnya di Lendu, kira-kira 5 kilometer dari bandar Alor Gajah. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Sehingga Mac 2020, pelajar Kampus Alor Gajah telah melepasi 6,500 orang manakala 255 kakitangan sokongan dan 319 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di ketiga-tiga kampus.

Terdapat 8 Fakulti beserta 13 Program yang ditawarkan di UiTM Kampus Alor Gajah iaitu dalam Diploma 13 program dan Ijazah 3 program.  Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Akademi Pengajian Bahasa, Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari, dan Jabatan Undang-undang.


8 Fakulti yang dijalankan di Kampus Alor Gajah menawarkan program-program seperti berikut :-

Fakulti Pengurusan Perniagaan

·      BA 111 – Diploma Pengajian Perniagaan

·      BA 115 – Diploma Pengajian Perniagaan (Insuran)

·      BA 118 – Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat

·      BA 119 – Diploma Pengajian Perbankan

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

·      MC 110 – Diploma Komunikasi dan Media

·      MC 111 – Diploma Komunikasi dan Media Keusahawanan Kandungan

·      MC 242 – Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Perhubungan Awam)

Fakulti Perakaunan

·      AC 110 – Diploma Perakaunan

·      AC 220 – Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

·      HM 111 – Diploma Pengurusan Pelancongan

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

·      AD 111 – Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital

·      AD 114 – Diploma Seni Reka Perindustrian

·      AD 117 – Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif

·      AD 118 – Diploma Seni Halus

·      AD 241 – Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik dan Media Digital

Akademi Pengajian Bahasa

·      LG 120 – Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional

Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari

Jabatan Undang-undang


Kampus ini mempunyai 3 blok utama iaitu Kompleks Pentadbiran dan Pembelajaran (KPP) iaitu KPP 1, KPP2 dan KPP3 yang menempatkan kemudahan-kemudahan untuk kegunaan warga kampus.  Bangunan KPP1 terletaknya Pejabat Rektor, Pejabat Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Unit Komunikasi Korporat, Galeri Seni, makmal komputer, perpustakaan, surau, dewan-dewan serta bilik-bilik kuliah. Manakala bangunan KPP 2 pula menempatkan pejabat-pejabat fakulti, bilik pensyarah, makmal komputer, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah.  Di bangunan KPP 3 pula, merupakan tempat khusus untuk pengajaran dan pembelajaran serta pejabat-pejabat fakulti, bilik-bilik pensyarah dan bilik-bilik kuliah. Di bangunan Ibnu Khaldun pula menempatkan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, Bendahari, Pejabat Pentabiran. Unit Kaunseling dan Kerjaya, Unit Kebudayaan dan Unit Kokurikulum.


Di kampus Alor Gajah ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Unit Kesihatan, Unit Sukan, gimnasium, Masjid Al-Hikmah, tempat perhimpunan Dataran Keris, Tasik Fatimah sebagai tempat riadah, serta 3 buah dewan iaitu  Dewan Taming Sari, Dewan Bendahara dan Dewan Syahbandar.  Kemudahan terbaru adalah smart classroom yang sedang dalam proses pembinaan bertempat di bangunan KPP2. Terdapat 20 blok kolej kediaman iaitu 7 blok lelaki dan 13 blok perempuan.  Nama-nama kolej tersebut adalah Dang Merduwati, Dang Wangi, Dang Anum, Tuah, Tun Merah, Tun Putih, Kasturi, Tun Fatimah, Tun Teja, Tun Puteri, Tun Kudu, Tun Senaja, Jebat, Lekiu, Lekir, Tun Ali, Tun Hamzah, Tun Hasan, Tun Perak dan Tun Sabariah.

Sumber

  • http://www3.uitm.edu.my/melaka/ Diarkibkan 2005-10-25 di Wayback Machine e
  • Tengku Permaisuri Norashikin
  • Ahmadshah Abdullah
  • Sallehuddin Mohamed
  • Safri Awang Zaidell
  • Zarinah Anwar
Pengerusi
Lembaga Pengarah
Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose
Naib Canselor
Profesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
Cawangan negeri
dan kampus
Johor
Kedah
Kelantan
  • Machang
  • Kota Bharu
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
  • Seri Iskandar
  • Tapah
Perlis
  • Arau
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
  • Dungun
  • Kuala Terengganu
  • Bukit Besi
Fakulti
  • Farmasi
  • Perladangan & Agroteknologi
  • Sains Kesihatan
  • Alam Bina
  • Kejuruteraan
  • Fakulti Perubatan UiTM
  • Pengkomputeran, Informatik & Media
  • Pergigian
  • Sains Gunaan
  • Sains Sukan & Rekreasi
  • Seni Kreatif
  • Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
  • Komunikasi & Pengajian Media
  • Undang-Undang
  • Pendidikan
  • Pengurusan & Perniagaan
  • Pengurusan Hotel & Pelancongan
  • Perakaunan
Pusat Akademik
  • Kepolisan
  • Pengajian bahasa
  • Pengajian Islam dan kontemporari
  • Perniagaan siswazah
  • pendidikan berterusan dan pengajian profesional
  • Kolej swasta
  • Pengajian siswazah
  • Pusat asasi
  • Universiti swasta
Pusat Kecemerlangan
  • Institut Penyelidikan Perakaunan
  • Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-Ur-Rahman
  • Institut Pengangkutan Malaysia
  • Institut Penyelidikan Gelombang Mikro
  • Institut Analitik Data Raya & Kepintaran Buatan
  • Institut Sains
  • Institut Pembangunan Mampan dan Biodiversiti
  • Institut Farmakogenomiks Integratif
  • Institut Kecemerlangan Perniagaan
  • Institut Penyelidikan Solar
  • Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Kejuruteraan Mampan
  • Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar
  • Pusat Penyelidikan Kualan Keniam
Rencana berkaitan