Tumbuhan Ubat Köhler

Tumbuhan Ubat Köhler
Köhler's Medizinal-Pflanzen
Muka halaman pertama buku
Umum
PenyuntingGustav Pabst
PengarangHermann Adolph Köhler et al.
Tajuk asal
Köhler's Medizinal-Pflanzen in naturgetreuen Abbildungen mit kurz erläuterndem Texte. Atlas zur Pharmacopoea germanica, austriaca, belgica, danica, helvetica, hungarica, rossica, suecica, Neerlandica, British pharmacopoeia, zum Codex medicamentarius, sowie zur Pharmacopoeia of the United States of America.
NegaraGera, Jerman
BahasaJerman
Penerbitan
Pengilustrasi
  • K. Gunther
  • Walther Otto Müller
  • C. F. Schmidt
PenerbitFranz Eugen Köhler
Tarikh penerbitan
  • 1887 (Jilid 1)
  • 1890 (Jilid 2)
  • 1898 (Jilid 3)
Jenis media
Bercetak

Tumbuhan Ubat Köhler (atau Köhler's Medizinal-Pflanzen ) adalah buku berbahasa Jerman yang menyenaraikan tumbuh-tumbuhan herba yang terkenal pada akhir abad ke-19 karangan Hermann Adolph Köhler (1834 - 1879, doktor dan ahli kimia) yang juga merupakan pengarang utamanya dan disunting selepas kematiannya oleh Gustav Pabst. Buku ini pada asalnya telah diterbitkan pada akhir abad ke-19 oleh Franz Eugen Köhler dari Gera. Tajuk lengkap buku ini ialah Tumbuhan Ubat Köhler yang berilustrasikan seperti yang sebenar beserta penerangan ringkasnya: Atlas untuk tumbuhan ubat yang berasal dari Jerman, Austria, Belgium, Denmark, Swizerland, Hungary, Rusia, Sweden, Belanda, tanaman perubatan Inggeris, berserta Kanun Perubatan, dan juga Tumbuhan Perubatan Amerika Syarikat. (Köhler's Medizinal-Pflanzen in naturgetreuen Abbildungen mit kurz erläuterndem Texte : Atlas zur Pharmacopoea germanica, austriaca, belgica, danica, helvetica, hungarica, rossica, suecica, Neerlandica, British pharmacopoeia, zum Codex medicamentarius, sowie zur Pharmacopoeia of the United States of Americacode: de is deprecated ).

Isi kandungan

Buku atlas ini mengandungi sebanyak 400 helaian ilustrasi lukisan berwarna dan penerangan tumbuhan herba. Monograf yang disertakan mempunyai penerangan tumbuh-tumbuhan secara botani berserta kesan penggunaannya secara perubatan. Teks-teks yang terdapat dalam buku tersebut turut disertakan bersama dengan litograf kromo yang berkualiti tinggi, yang dapat diperhatikan pada kualiti lukisan disamping ilustrasi setiap bahagian tumbuhan yang sangat teliti dihasilkan semula. Oleh sebab itu, ilustrasi dalam buku ini masih digunakan sebagai rujukan pada masa kini untuk menerangkan fungsi tumbuhan secara saintifik.

Sejarah penerbitan

Pada mulanya, Köhler menerbitkan buku herba tersebut sebanyak dua jilid: yang pertama pada tahun 1887, diikuti dengan yang kedua pada tahun 1890. Jilid pertama telah dihiasi dengan 84 helaian halaman penuh plat ilustrasi berwarna dan jilid dua pula dengan 110 helaian plat illustrasi. Jilid ketiga pula telah diterbitkan pada tahun 1898 yang berjudul Tumbuhan Perubatan Terkini dan Kecelaruannya (Neueste Medizinalpflanzen und Verwechslungen), merupakan jilid tambahan yang mengandungi penambahan maklumat dan pembetulan, termasuklah tambahan 80 helaian plat illustrasi berwarna. Penerbit juga ada mengumumkan tentang penerbitan jilid keempat akan tetapi buku tersebut tidak dikeluarkan. Kesemua plat berwarna dalam buku tumbuhan perubatan tersebut telah dihasilkan melalui proses yang dikenali sebagai kromolitografi. Para pelukis ilustrasi tumbuhan botani yang telah menyumbangkan karya mereka dalam penerbitan buku ini adalah Walther Otto Müller, C.F. Schmidt, dan K. Gunther.

Cetakan semula telah diterbitkan di Jerman seabad selepas jilid pertama diterbitkan, yang pertama merupakan karya yang disarikan, disusuli dengan ketiga-tiga jilid yang lengkap.

Nama Köhler kadangkala dieja sebagai Koehler atau Kohler.

Oleh sebab persamaan nama pengarang dan penerbit buku, Franz Eugen Köhler, seringkali berlakunya kesalahan yang memetik beliau sebagai pengarang buku tersebut.

Contoh ilustrasi

  • Lidah buaya
    Lidah buaya
  • Jintan manis
    Jintan manis
  • Daun salam
    Daun salam
  • Pokok pinang
    Pokok pinang
  • Koko (daun dan bunga)
    Koko (daun dan bunga)
  • Koko (buah dan benih)
    Koko (buah dan benih)
  • Pokok kapur barus
    Pokok kapur barus
  • Gajus
    Gajus
  • Ubi kayu
    Ubi kayu
  • Kayu manis
    Kayu manis
  • Pokok jarak
    Pokok jarak
  • Pokok Kacu
    Pokok Kacu
  • Gambir Sarawak
    Gambir Sarawak
  • Kiara (ubi kayu)
    Kiara (ubi kayu)
  • Pokok bentan
    Pokok bentan
  • Kamomila
    Kamomila
  • Kamomila Rumi
    Kamomila Rumi
  • Berangan
    Berangan
  • Kayu Manis
    Kayu Manis
  • Jintan manis
    Jintan manis
  • Koka
    Koka
  • Kelapa
    Kelapa
  • Kelapa (mayang)
    Kelapa (mayang)
  • Kopi
    Kopi
  • Pokok Kola
    Pokok Kola
  • Ketumbar
    Ketumbar
  • Kapas
    Kapas
  • Jintan putih
    Jintan putih
  • Paku-pakis
    Paku-pakis
  • Fir Perak
    Fir Perak
  • Biji sawi
    Biji sawi
  • Gambir
    Gambir
  • Halia
    Halia
  • Anggur
    Anggur
  • Getah Perca
    Getah Perca
  • Getah Perca (1)
    Getah Perca (1)
  • Getah Perca (2)
    Getah Perca (2)
  • Damar
    Damar
  • Lavender
    Lavender
  • Lemon
    Lemon
  • Likoris
    Likoris
  • Makasar
    Makasar
  • Jagung
    Jagung
  • Morhabshi
    Morhabshi
  • Pala
    Pala
  • Kelapa sawit
    Kelapa sawit
  • Zaitun
    Zaitun
  • Betik (pohon, bunga)
    Betik (pohon, bunga)
  • Betik (pohon, buah)
    Betik (pohon, buah)
  • Pasli
    Pasli
  • Kacang tanah
    Kacang tanah
  • Lada hitam
    Lada hitam
  • Lada jawa
    Lada jawa
  • Cili besar
    Cili besar
  • Pudina lada
    Pudina lada
  • Delima [pucuk bunga]
    Delima [pucuk bunga]
  • Delima [buah]
    Delima [buah]
  • Popi
    Popi
  • Popi (Opium)
    Popi (Opium)
  • Padi
    Padi
  • Mawar
    Mawar
  • Rosmeri
    Rosmeri
  • Pokok getah
    Pokok getah
  • Pokok getah
    Pokok getah
  • Bawang merah
    Bawang merah
  • Koma-koma
    Koma-koma
  • Cendana Merah
    Cendana Merah
  • Cendana Putih
    Cendana Putih
  • Sarsi
    Sarsi
  • Bijan
    Bijan
  • Pudina tajam
    Pudina tajam
  • Bunga lawang
    Bunga lawang
  • Tebu
    Tebu
  • Asam jawa
    Asam jawa
  • Teh (pokok)
    Teh (pokok)
  • Tembakau
    Tembakau
  • Tembakau Aztec
    Tembakau Aztec
  • Tembakau India
    Tembakau India
  • Kunyit
    Kunyit
  • Gandum
    Gandum

Edisi cetakan semula

  • Edisi cetakan semula yang lengkap dipetik dari jilid kedua yang asal tahun 1887/88 [recte 90]. Edisi Libri rari terbitan Verlag Schäfer, Hannover (Reprint von Auszügen aus dem Gesamtwerk nach der zweibändigen Original-Ausgabe 1887/88 [recte 90]. Edisi Libri rari im Verlag Schäfer, Hannover 1988), ISBN 978-3-88746-215-4
  • Edisi cetakan semula yang kedua. Edisi Libri rari terbitan Verlag Schäfer, Hannover (Zweite Reprintausgabe . Edisi Libri rari im Verlag Schäfer, Hannover):
    • 1. Band, 1990, ISBN 978-3-88746-246-8 .
    • 2. Band, 1990, ISBN 978-3-88746-247-5 .
    • 3. Band, 1991, ISBN 978-3-88746-265-9 .

Rujukan

  • Baca dan muat turun Köhler's Medizinal-Pflanzen di Perpustakaan Warisan Biodiversiti
  • Illustratedgarden.org
  • Archive

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Tumbuhan Ubat Köhler di Wikimedia Commons