Tipah Vavavoom

  • Drama
  • komedi
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
  • Wan Sharmila
  • Kamal Adli
  • Puteri Sarah Liyana
Penggubah lagu tema
Hafiz HamidunLagu pembukaan"Tipah Vavavoom" oleh Imran Ajmain dan Faliq AizadLagu penutup"Tipah Vavavoom" oleh Imran Ajmain dan Faliq AizadNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod13PenerbitanPenerbit eksekutifMohd Firdaus Devan AbdullahPenerbit
  • Mohd Ruslan Othman
  • Tengku Noraishah Tengku Abd. Aziz
PenyuntingKas RoshanLokasi
  • Kuala Lumpur
  • Lembah Klang, Selangor
  • Kuala Terengganu, Terengganu
Sinematografi
  • Carlos Mohammad
  • Saiful Nizam
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Temenggong PicturesPenyiaranSaluran asalTV3Format gambar480i (SDTV)Format audioStereoSiaran asal23 September 2010 – 16 Disember 2010

Tipah Vavavoom ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2010 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Wan Sharmila sebagai watak tajuk. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Senda Pagi TV3 bermula 23 September 2010 hingga 16 Disember 2010.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis

Mengisahkan kerenah dan telatah si gadis yang lurus-bendul, Tipah (Wan Sharmila) yang sering dibuli dan ditertawakan rakan-rakan dan teman sekerja kerana penampilannya yang agak selekeh dan kurang bergaya. Kebetulan, Tipah merupakan salah-seorang pekerja di sebuah resort yang dimiliki oleh usahawan muda yang berjaya, Imran (Kamal Adli), yang turut gemar mengusik Tipah kerana sudah biasa dengan perangainya yang pemalu dan penakut.

Bosan dengan layanan dan persepsi orang di sekeliling, Tipah juga tidak mahu hidup dalam kesepian dan inginkan kehidupan normal seperti gadis-gadis lain. Justeru, Tipah nekad dan mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus motivasi seperti yang disarankan oleh Chef Joe (Bob AF), satu-satunya rakan yang memahami dan menghormati dirinya seadanya. Namun, tiada siapa yang menyangka akan perubahan mendadak yang berlaku seterusnya!

Sekembalinya daripada kursus motivasi, si ‘itik hodoh’ yang sering diejek dan dibuli kini telah berubah menjadi seorang ‘ratu’! Tipah umpama gadis baru yang muncul di resort kerana kelihatan lebih menawan dengan penampilan lebih menarik dan gaya yang lebih berani. Jika dahulu, semua rakan lelaki cuba mengelak dan sering mentertawakan Tipah, kini mereka semua berebutkan perhatiannya termasuklah bos Tipah sendiri, Imran, yang mula menaruh hati padanya. Benarkah cinta itu buta dan tidak mengenal erti kecantikan luaran? Antara Imran dan Chef Joe, siapakah agaknya jejaka yang berjaya memenangi hati Tipah Vavavoom?

Pelakon

Utama

Pembantu

Undangan

  • Tasha Aziz sebagai Rubiah
  • Ridzuan Hashim sebagai Ismail
  • Black Wings sebagai Faizal ZZ
  • Atty Sulaiman sebagai Housekeeping

Rujukan

  1. ^ Budiey (25 September 2010). "Drama Tipah Vavavoom lakonan Wan Sharmila". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2018.
  2. ^ Tipah Vavavoom (2008): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 April 2019.