Tarikan pelancong di Beijing

Tiananmen
Taman klasik di Beijing

Tarikan pelancong di Beijing bukan sahaja banyak, tetapi juga kaya dengan sejarah. Yang paling terkenal ialah bentangan Badaling di Tembok Besar China, serta juga Kuil Syurga, Tiananmen, dan Kota Larangan, selain daripada sebilangan kuil, hutong, taman, dan tinggalan zaman kuno.

Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.

Tarikan

Bangunan, tugu peringatan, dan mercu tanda

  • Kota Larangan: Terletak di tengah-tengah pusat sejarah Beijing, Kota Larangan mempunyai halaman istana yang amat sangat besar. Ia merupakan tempat kediaman maharaja-maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing.[1] Kota Larangan juga menampung Muzium Istana yang mengandungi koleksi seni Cina empayar. Mengelilingi Kota Larangan itu ada sebilangan bekas taman bunga, taman, dan kawasan empayar yang berpemandangan indah, terutamanya Beihai, Houhai, Shichahai, Zhongnanhai, Jingshan, dan Zhongshan. Serupa dengan Taman Beihai, taman-taman itu telah diperikan sebagai seni taman Cina yang terbaik [2] dan merupakan destinasi pelancong yang sungguh popular, dengan kepentingan sejarah yang amat sangat besar.
  • Dataran Tiananmen: Dari Dataran Tiananmen yang terletak betul-betul di sebelah Kota Larangan, terdapat banyak tapak yang terkenal, seperti:
    • Bangunan Makam Mao Zedong
    • Dewan Besar Rakyat
    • Muzium Negara China
    • Pusat Nasional untuk Seni Lakon
    • Zhengyangmen
    • Tiananmen (Pintu Kota Keamanan Kesyurgaan)
    • Tuju Peringatan Pahlawan Rakyat
    Pada sepanjang zaman moden, Zhongnanhai yang terletak bersebelahan Kota Larangan telah merupakan pusat politik pelbagai pemerintahan dan rejim Cina, dan kini merupakan pusat Parti Komunis China. Kedua-dua Istana Musim Panas dan Istana Musim Lama terletak di bahagian barat bandar raya Beijing. Istana Musim Panas, Tapak Warisan Dunia UNESCO,[3] mempamerkan koleksi taman dan istana empayar yang menyeluruh yang berfungsi sebagai tempat istirahat musim panas untuk maharaja Dinasti Qing.
Poskad Jerman tentang Beijing pada 1900
  • Pagoda: Beijing mempunyai sebilangan pagoda yang dipelihara dengan baik, misalnya:
  • Jambatan: Sebilangan jambatan batu yang penting daripada segi sejarah juga terletak di Beijing, termasuk Jambatan Lugou abad ke-12, Jambatan Baliqiao abad ke-17, dan Jambatan Jalur Jed abad ke-18.

Balai Cerap Kuno Beijing memaparkan sfera prateleskop yang wujud sejak dinasti Ming dan Qing. Terletak di pinggir kawasan bandar Beijing, tetapi di dalam wilayah perbandaran ialah Tiga Belas Makam Dinasti Ming, tapak pengebumian tiga belas maharaja Ming yang mewah dan yang telah ditetapkan sebagai sebahagaian Makam Empayar Dinasti Ming dan Qing Tapak Warisan Dunia UNESCO.[4] Tapak arkeologi Lelaki Peking di Zhoukoudian merupakan salah satu lagi Tapak Warisan Dunia di dalam wilayah perbandaran Beijing.[5] Ia mengandungi berbagai-bagai temuan, termasuk salah satu spesimen pertama Homo erektus, dan sehimpunan tulang dubuk raksasa (Pachycrocuta brevirostris). Terdapat juga sebilangan bahagaian Tembok Besar China Tapak Warisan Dunia UNESCO [6] yang terletak di wilayah perbandaran, dengan yang paling terkenal termasuk Badaling, Jiankou, Jinshanling, Juyongguan, Mutianyu, dan Simatai.

Mercu tanda tarikan pelancong yang lain di Beijing termasuk:

  • Dewan Perseikatan Huguang
  • Guozijian (Kolej Imperial)
  • Hutong dan Siheyuan bersejarah di banyak kawasan kejiranan yang lebih lama
  • Kota Kubu Tuancheng
  • Liulichang

Kuil, gereja, dan masjid

Antara tapak agama yang paling terkenal di bandar raya ialah:

  • Kuil Syurga (Tiantan) yang terletak di bahagian tenggara Beijing (juga salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO),[7] yang maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing melawat setiap tahun untuk menyertai upacara sembahyang kepada Syurga untuk tuaian yang baik;
  • Kuil Bumi (Ditan) yang terletak pad araha yang bertentangan dengan Kuil Syurga di bahagian utara bandar raya;
  • Kuil Matahari (Ritan) yang terletak di bahagian timur bandar raya; dan
  • Kuil Bulan (Yuetan) yang terletak di bahagian barat bandar raya.

Tapak kuil terkenal yang lain di Beijing termasuk:

  • Kuil Awan Biru Langit
  • Kuil Awan Putih
  • Kuil Badachu
  • Kuil Bailin
  • Kuil Chanfu
  • Kuil Changchun
  • Kuil Cheng'en
  • Kuil Confucius
  • Kuil Dahui
  • Kuil Dajue
  • Kuil Dongyue
  • Kuil Fahai
  • Kuil Fayuan
  • Kuil Guanghua
  • Kuil Guangji
  • Kuil Hongluo

  • Kuil Jietai
  • Kuil Loceng Besar
  • Mazbah Bumi dan Tuaian
  • Kuil Miaoying
  • Kuil Nenek Moyang Empayar
  • Kuil Pertanian (Xiannongtan)
  • Kuil Tanzhe
  • Kuil Yonghe
  • Kuil Wanshou
  • Kuil Wofo
  • Kuil Xiancantan
  • Yonghegong
  • Kuil Yunju
  • Kuil Zhenjue
  • Kuil Zhihua Si

Gereja Immaculate Conception dibina pada 1605 dan merupakan gereja Katolik yang tertua di Beijing. Gereja utama yang lain termasuk:

  • Gereja Wangfujing
  • Gereja Xishiku
  • Gereja Xizhimen.

Masjid Niujie juga merupakan masjid yang tertua di Beijing, dengan sejarah yang melebihi seribu tahun.

Muzium

Terdapat beratus-ratus muzium di Beijing, dengan muzium utamanya termasuk: [8][9]

  • Dewan Pameran Perancangan Bandar Beijing
  • Muzium Geologi China
  • Muzium Ibu Negara
  • Muzium Istana
  • Muzium Keretapi China
  • Muzium Negara China
  • Muzium Paleozoologi China

  • Muzium Penerbangan China
  • Muzium Sejarah Semula Jadi Beijing
  • Muzium Seni Beijing
  • Muzium Seni Negara China
  • Muzium Tentera Revolusi Rakyat Cina
  • Pusat Pameran Beijing
  • Pusat Yuan

Taman

  • Hijau Olimpik
  • Milu Yuan
  • Perbukitan Wangi (Xiangshan): Salah satu taman awam berpemandangan indah yang popular yang terdiri daripada pandangan darat semula jadi serta juga peninggalan tradisional dan budaya.
  • Shichahai
  • Taman Beihai
  • Taman Botani Beijing: Mempamerkan melebihi 6,000 spesies tumbuhan, termasuk berbagai-bagai jenis pokok, semak, dan bunga, serta juga sebuah taman peoni yang luas.
  • Taman Buluh Ungu (Zizhu Yuan)
  • Taman Chaoyang
  • Taman Dunia Beijing
  • Taman Haidian

  • Taman Honglingjin
  • Taman Hutan Wuzuolou
  • Taman Jingshan
  • Taman Longtan
  • Taman Pemandangan Agung
  • Taman Taoranting
  • Taman Zhongshan
  • Zhongnanhai
  • Zoo Beijing: Merupakan pusat penyelidikan zoologi yang juga menampung haiwan yang jarang ditemui dari pelbagai benua, termasuk beruang panda China.

Daerah beli-belah dan perdagangan

  • Daerah Pusat Perniagaan Beijing
  • Jalan Kewangan Beijing
  • Jalan Sutera
  • Wangfujing

  • Xidan
  • Yizhuang
  • Zhongguancun
  • Zon Seni 798


Lihat juga

  • Pelancongan di tanah besar China

Rujukan

  1. ^ "The Imperial Palace of the Ming and Qing Dynasties" (PDF). UNESCO World Heritage Centre. 1986-12-29. Dicapai pada 2009-07-22.
  2. ^ Beihai Park. Senarai sementaraan Warisan Dunia UNESCO
  3. ^ "Summer Palace, an Imperial Garden in Beijing". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
  4. ^ "Imperial Tombs of the Ming and Qing Dynasties". UNESCO World Heritage Centre. 2003-12-10. Dicapai pada 2009-07-22. Unknown parameter |accessdat= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  5. ^ "Peking Man Site at Zhoukoudian". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
  6. ^ "The Great Wall". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
  7. ^ "Temple of Heaven: an Imperial Sacrificial Altar in Beijing". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 2008-08-04.
  8. ^ "About Beijing".
  9. ^ "Beijing's Museums & Galleries".

Pautan luar

  • Great Wall of China information and maps
  • Travel guide and Beijing 2008 Olympics
  • Photographic guides to 40 tourist attractions Diarkibkan 2008-04-10 di Wayback Machine
  • Interactive map of top tourist attractions in Beijing Diarkibkan 2008-08-13 di Wayback Machine


    • l
    • b
    • s
    Sejarah · Politik · Ekonomi · Geografi · Pengangkutan · Pelancongan
    Daerah
    Dongcheng · Xicheng · Chongwen · Xuanwu · Chaoyang · Haidian · Fengtai · Shijingshan · Mentougou · Fangshan · Tongzhou · Shunyi · Changping · Daxing  · Huairou · Pinggu
    Beijing di China
    Beijing di China
    Kaunti
    Miyun · Yanqing