Staphylococcus aureus tahan metisilin

Staphylococcus aureus tahan metisilin
SEM micrograph of MRSA
Pengelasan saintifik
Alam:
Bacteria
Filum:
Firmicutes
Kelas:
Cocci
Order:
Bacillales
Keluarga:
Staphylococcaceae
Genus:
Staphylococcus
Spesies:
S. aureus
Nama binomial
Staphylococcus aureus
Rosenbach 1884

Staphylococcus aureus tahan metisilin (methicillin-resistant Staphylococcus aureus; MRSA) ialah sejenis bakteria yang bertanggungjawab untuk menyebabkan jangkitan kepada manusia. Ia merupakan salah satu dari jenis-jenis bakteria yang sukar dirawat. Ia juga dikenali sebagai "Staphylococcus aureus rintang pelbagai ubat" atau "Staphylococcus aureus rintang oksasilin" (ORSA).

MRSA adalah, secara definisinya merujuk kepada apa-apa strain Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang membina perintang antibiotik kepada antibiotik beta-laktam termasuklah penisilin (metisilin, dikloksasilin, nafsilin, oksasilin dll.) dan juga sefalosporin.

MRSA adalah sesuatu keadaan yang menjadi masalah kepada sesetengah pesakit di hospital dimana pesakit dengan luka terbuka dan mempunyai sistem imun yang lemah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan nosokomial daripada orang awam yang sihat.

Lihat juga

  • Staphylococcus aureus

Rujukan

Pautan luar

  • MRSA Pictures Diarkibkan 2011-01-05 di Wayback Machine – Pictures of Staph Infections, MRSA, and the associated skin diseases caused by these infections.
  • StopMRSANow.org - Discusses how to prevent the spread of MRSA
  • MRSA Infection-The Basics - Basic MRSA overview covered with related pictures.