Sorry Naik Lori

  • Komedi
    Romantik
    Komedi
    Keluarga
PengarahAidilfitri Mohamed Yunos
Dibintangi oleh
  • Nazim Othman
  • Ruhainies
  • Nafiz Muaz
  • Sheila Mambo
  • Ahmad Saffuan
  • Phirdaus Khardini
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod12
Syarikat penerbitan
Tsar Asia Sdn BhdPenyiaranSaluran asaliQIYI MalaysiaFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal4 November 2022

Sorry Naik Lori adalah sebuah drama iQIYI Original arahan Aidilfitri Mohd, yang dibintangi oleh Nazim Othman, Ruhainies, Nafiz Muaz dan beberapa pelakon-pelakon tempatan Malaysia. Drama bersiri ini mempunyai 12 episod dan memulakan tayangan pada 4 November 2022 dan merupakan kerjasama diantara iQIYI Malaysia dan foodpanda Malaysia. Sorry Naik Lori boleh ditonton di aplikasi iQIYI, laman web rasmi iQIYI Malaysia (www.iQ.com/lokal) atau melalui pautan: https://www.iq.com/play/sorry-naik-lori-episode-1-2065cx25708

Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang seorang pemandu lori muda bernama Khairul, dan isterinya yang bernama Nadia yang tinggal di Pulau Pinang bersama ibu mertuanya. Nadia membantu ibunya mengusahakan restoran pasembur. Nadia bercita-cita untuk menjadi seorang 'influencer' terkenal dan ini bertentangan dengan Khairul yang kurang gemar menggunakan media sosial.

Satu video yang dimuat naik secara rawak oleh Nadia menjadi tular dan dia secara tiba-tiba menjadi popular dan memperoleh ramai pengikut di media sosial. Satu agensi memberikan tawaran kepada Nadia namun dengan syarat, Nadia harus merahsiakan perkahwinannya.

Pelakon

  • Nazim Othman sebagai Khairul
  • Ruhainies sebagai Nadia
  • Nafiz Muaz sebagai John
  • Tajul Ariff sebagai Talib
  • Sheila Mambo sebagai Mami Saleha
  • Asha Zainul sebagai Shikin
  • Ahmad Saffuan sebagai 'watak ilusi'
  • Phirdaus Khardini sebagai Lobe
  • Sky Iskandar sebagai Kai
  • Alonk Hendersons sebagai Billy ( Pekerja Kedai)
  • Lutfir Amir sebagai Nordin ( Pekerja Kedai )
  • Fattah Ali sebagai Mamu King
  • Fauzan Noor Sebagai Dol
  • Razali Abdullah sebagai Mok
  • Farouk Hussein sebagai Lelaki Misteri
  • Haliza Jamri sebagai mami jarum 1
  • Rosniwati Iqbal sebagai mamu jarum 2
  • Fouzi Hassan sebagai Pekerja Pasar
  • Zaza Baba sebagai pekerja fujiyama jeans

Waktu Tayangan

Episod baru drama bersiri ini ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu, jam 8 malam di platform penstriman iQIYI.

Rujukan

  1. https://www.iq.com/play/sorry-naik-lori-episode-1-2065cx25708
  2. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/06/23/iqiyi-terbit-drama-original-pertama-sorry-naik-lori-dengan-kerjasama-foodpanda
  3. https://www.myinfotaip.com/2022/06/drama-sorry-naik-lori.html