Sophia Latjuba

Sophia Latjuba
Kelahiran (1970-08-08) 8 Ogos 1970 (umur 53)
Berlin Barat, Jerman Barat
WarganegaraIndonesia[1]
Nama lainSophia Müller
PendidikanSMA 3 Jakarta[2]
PekerjaanPelakon, Peragawan, Penyanyi
Tahun aktif1987 - kini
Pasangan
  • Indra Lesmana (k. 1992–1993)
  • Michael Villareal (k. 2004–2014)
Anak-anak2
AnugerahAnugerah BASF 1994 untuk Gubahan Album Terbaik

Sophia Latjuba (lahir di Berlin Barat, 8 Oktober 1970; umur 53 tahun), kini dikenali sebagai Sophia Müller, merupakan seorang pelakon, peragawan dan penyanyi berkarayatan Indonesia berketurunan Iraq, Jerman dan Austria, Yugoslavia, Hungary, Bugis, Jawa Timur

Biografi

Sophia Latjuba dilahirkan kepada Azzizurrahman Latjuba, yang berketurunan Bugis-Jawa, dan Anna Muller, warga Jerman-Austria, di Berlin Barat, Jerman Barat, pada 8 Ogos 1970.[1][3] Semasa usia remajanya, beliau pulang ke Indonesia bersama bapanya; beliau kemudiannya melaporkan yang beliau lebih rapat dengan bapanya daripada ibunya sendiri.[4] Beliau tamat belajar di SMA 3 Jakarta.[5]

Sophia Latjuba membuat kemunculan filem pertamanya pada 1987 menerusi Bilur-Bilur Penyesalan, ketika masih bersekolah menengah. Beliau kemudiannya muncul dengan beberapa filem lain, termasuk Kuldesak, arahan kakak iparnya ketika itu, Mira Lesmana yang mana beliau muncul secara bebas, pada 1998.[3][6] Semasa kerjaya filemnya, Sophia Latjuba dilabel sebagai simbol seks;[1] Bruce Edmond, menulis untuk The Jakarta Post menyifatkannya sebagai "gadis khayalan bagi jejaka Indnoesia" pada masa itu.[4] Beliau juga merakamkan beberapa album, termasuk Hanya Untukmu yang memenangi Anugerah BASF 1994 untuk Gubahan Album Terbaik.[3]

Semasa menyiapkan album saduran 2002 Dekade (Dekad), Chrisye mendekati Sophia Latjuba untuk mempersembahkan dua lagu duet, "Kangen" ("Rindu") dan "Anggrek Bulan", bersamanya di dalam album; Sophia menerimanya. Beliau kemudiannya mempersembakannya di Konsert Dekade bersamanya.[7][8]

Pada 22 Disember 2008, Sophia Latjuba berpindah ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat, memetik kebangkitan intoleransi di Indonesia[1] dan bantahan di Jakarta.[4] Selepas bercuti dari kerjaya lakonan,[1] beliau mula diujibakat untuk peranan filem di Los Angeles dan mengambil kelas lakonan untuk memperbaharui profesionalisme beliau.[4] Setakat April 2012[kemas kini], beliau masih tinggal di bandar itu, ini kerana anak perempuannya mendalami seni persembahan di sana.[9]

Pada Oktober 2012, Sophia Latjuba secara rasminya menukar namanya sebagai Sophia Müller.

Kehidupan peribadi

Perkahwinan pertama Sophia Latjuba pada 1992, ialah bersama pemuzik Indra Lesmana;[10] pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Eva Celia. Perkahwinan keduanya, pada 30 April 2005, bersama seorang warga Amerika Syarikat, Michael A. Villareal, dan juga mempunyai seorang anak perempuan.[3][9] Selepas bercerai secara sah di AS, kedua-duanya mengesahkan perceraian mereka di Mahkamah Awam Jakarta Selatan dan disahkan pada 17 September 2014 oleh hakim.[11]

Filemografi

  • Bilur-Bilur Penyesalan (1987)
  • Rio Sang Juara (1989)
  • Valentine Kasih Sayang Bagimu (1989)
  • Ketika Cinta Telah Berlalu (1989)
  • Pengantin (1990)
  • Taksi Juga (1991)
  • Catatan Si Boy V (1991)
  • Kuldesak (1998)
  • Tetangga Masa Gitu? (2014)
  • Comic 8 Casino Kings Bahagian 1 (2015)
  • Comic 8 Casino Kings Bahagian 2 (2016)
  • Danur 2: Maddah (2018)
  • Dignitate (2020)

Diskografi

  • Senyum Yang Hilang
  • Lihat Saja Nanti
  • Hanya Untukmu
  • Hold On
  • Kabut Di Kaki Langit
  • Tak Kubiarkan

Rujukan

Nota kaki
  1. ^ a b c d e Emond 2009, Sophia Latjuba: Moving.
  2. ^ "Sophia Latjuba: Height, Weight, Age, Measurements". Celebrity Facts. Dicapai pada 2017-04-26.
  3. ^ a b c d KapanLagi.com, Sophia Latjuba.
  4. ^ a b c d Emond 2010, Sophia's LA Story.
  5. ^ Tempo 1990, Lihat Jerman Bersatu.
  6. ^ Tempo 1998, Sophia Latjuba.
  7. ^ Endah 2007, m/s. 318.
  8. ^ Dekade album notes.
  9. ^ a b The Jakarta Post 2012, Sophia Latjuba wants.
  10. ^ Tempo 1992, Indra Lesmana dan Sophia Latjuba. sfn error: no target: CITEREFTempo_1992,_Indra_Lesmana_dan_Sophia_Latjuba (help)
  11. ^ Ferry Noviandi (17 September 2014). "Sophia Latjuba-Michael Villareal Resmi Bercerai". Liputan 6.
Sumber petikan
  • Dekade. Chrisye. Musica Studios. 2002.CS1 maint: others (link)
  • Emond, Bruce (29 March 2010). "Sophia's LA Story". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
  • Emond, Bruce (13 January 2009). "Sophia Latjuba: Moving on to New Life in LA". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
  • Endah, Alberthiene (2007). Chrisye: Sebuah Memoar Musikal [Chrisye: Sebuah Memoir Muzikal] (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-979-22-2606-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Indra Lesmana dan Sophia Latjuba" [Indra Lesmana dan Sophia Latjuba]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). 6 June 1992. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
  • "Lihat Jerman Bersatu". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 20 October 1990. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
  • "Sophia Latjuba". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 1 December 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
  • "Sophia Latjuba". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
  • "Sophia Latjuba wants to remain in LA". The Jakarta Post. 4 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.

Pautan luar