Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2
Lokasi
 Malaysia Bandar Country Homes, RAWANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoDisiplin, Kualiti, Cemerlang
Autoriti pendidikanGombak
Nombor sekolah03-60911775
Kod sekolahBEA7621
Pengerusi PIBGEncik Izat Amer Bin Fadzilah
Pengetua1.Puan Hajah Naaimah Binti Ismail (2008-2011)

2.Puan Hajah Jamaliah Binti Abu (2012-2019)

3.Datin Hajah Aliza Binti Mohd Ali (2019-2023)

4.Tn Hj Kamarudin Bin Kudong (2023 hingga kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rosita Binti Sabli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Mimi Linda Binti Isa
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nur Asfarina Ng Binti Abdullah


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 atau nama ringkasnya STAND2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Country Homes.

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 (SMKTD2) mula beroperasi pada 1 Januari 2008 dengan jumlah murid seramai 551 orang dan 37 orang guru. Pada ketika itu, sekolah ini hanya menawarkan kelas Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja yang berjumlah 16 buah kelas. Bangunan sekolah ini terdiri daripada Blok A, Blok B, Blok Bengkel Kemahiran Hidup, dua buah Blok Makmal, Blok Pentadbiran, Kantin dan surau.

Bilangan murid telah bertambah dari setahun ke setahun dan mulai tahun 2020 bilangan kelas bertambah kepada 78 kelas. Ini termasuk 1 kelas Peralihan, 3 kelas KAA (Kelas Aliran Agama), 13 kelas Tingkatan 1, 13 kelas Tingkatan 2, 12 kelas bagi Tingkatan 3, 4, dan 11 kelas Tingkatan 5 serta 12 kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi). Jumlah murid menjangkau hampir 2100 orang dan bilangan guru seramai 141 dan 18 orang kakitangan sokongan.

Pada awal penubuhan SMKTD2 diterajui oleh Pn Hjh Naaimah Bt. Ismail sehingga Disember 2011 selaku Pengetua. Pada Januari 2012 sehingga April 2019, jawatan Pengetua digalas oleh Pn. Hjh. Jamaliah Bt. Abu. Pada 1 April 2019 sehingga 14 Januari 2024, SMKTD2 diterajui oleh Pengetua Datin Hajah Aliza Bt. Mohd Ali. Seterusnya disambung oleh Tn. Hj. Kamarudin Bin Kudong selaku pengetua ke-4 diamanahkan untuk membawa pembangunan sekolah ini selaras dengan dasar-dasar PPPM dan bergerak lebih cemerlang sesuai dengan moto sekolah ‘DISIPLIN, KUALITI, CEMERLANG’ serta kata-kata pembakar semangat iaitu ‘STAND2-The Best!’.

Sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Pusat Sumber, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, padang, Surau Solat Jumaat dan lain-lain. Sekolah amat bertuah pada tahun 2015 kerana mendapat sebuah Dewan Terbuka. Sekolah ini juga telah melakar beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun 2011 dan 2012 sekolah ini telah berjaya mendapat Tawaran Baharu Pengetua (BAIAH).

Objektif Kualiti

  • Memastikan sistem pengurusan sekolah berada pada tahap kualiti yang tinggi.
  • Memastikan sumber kewangan yang teratur dan sentiasa dikemas kini.
  • Melahirkan sumber manusia yang lebih berkualiti.
  • Memberikan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Menghasilkan budaya kerja yang cemerlang.
  • Mencapai matlamat yang disasarkan.
  • Memberikan perkhidmatan yang efisyen dan memenuhi piagam pelanggan.

Lagu Sekolah

Kami penuntut putera dan puteri
SMK Taman Desa 2
Bersatu hati dengan satu tujuan
Ilmu dan amal asas kemajuan
Bersumpah taat setia dan tekun
Menjadi modal insan yang berkualiti
Ke arah kecemerlangan masa depan
Berusaha mencapai wawasan
Oh Tuhan berilah rahmatMu
Yakin berusaha berilmu
Menjadi insan yang berguna
Disiplin Kualiti Cemerlang

Piagam Pelanggan

  1. Mewujudkan sistem pengurusan yang mampan dan berkepimpinan yang dinamik bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.
  2. Menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi dan berusaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang kurikulum.
  3. Mendidik dan mendorong murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum seterusnya membina jati diri dan sahsiah pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  4. Menyediakan prasarana yang lengkap dan selesa di samping persekitaran yang bersih, ceria, harmoni dan selamat.
  5. Memantapkan hubungan kekeluargaan yang erat dalam kalangan pihak pengurusan, guru, staf sokongan, murid, ibu bapa dan masyarakat setempa

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2
Bandar Country Homes
48000 Rawang
Selangor
Telefon = 03 - 6091 1775