Ranunculus

Ranunculus
Bunga Ranunculus eschscholtzii
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
(tanpa pangkat):
Trakeofit
(tanpa pangkat):
Angiosperma
(tanpa pangkat):
Eudikotiledon
Order:
Ranunculales
Keluarga:
Ranunculaceae
Subkeluarga:
Ranunculoideae
Tribus:
Ranunculeae
Genus:
Ranunculus

L.
Diversiti
Kira-kira 500 spesies
Sinonim[1][2]
  • Aphanostemma A.St.-Hil.
  • Batrachium (DC.) Gray
  • Beckwithia Jeps.
  • Ceratocephala Moench.
  • Glossophyllum Fourr.
  • Kumlienia Greene
  • Laccopetalum Ulbr.
  • Myosurus L.

Ranunculus ialah genus tumbuhan berbunga besar terdiri daripada kira-kira hampir 1700 hingga lebih 1800 spesies[1][2] dalam keluarga Ranunculaceae. Spesies-spesies ini bertaburan di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Amerika Selatan.[2]

Taksonomi

Nama genus Ranunculus dijejak daripada bahasa Latin yang bermaksud "katak kecil" daripada rana "katak",[3] ia mungkin kerana banyak spesies dalam genus ini dijumpai berdekatan air seperti katak.[4] Spesies-spesies ini bertaburan di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.[2]

Botani

Pokok dan daun

Banyak spesies genus ini tumbuh saka, tetapi ada juga spesies yang tumbuh satu atau dua musim, spesies jenis herba, spesies jenis akuatik dan spesies yang tumbuh di tanah.

Pokok-pokok spesies genus ini ada lingkaran daun yang tumbuh di pangkal batang dan menyebarkan batang rayap. Helai-helai daunnya bertangkai, tidak ada stipul dan bertulang yang mencantum di tengah.

Bunga

Bunganya yang dwijantina muncul tunggal atau dalam jambak payung, setiap kuntum mempunyai kira-kira lima kelopak berwarna kuning yang kadang-kadang kemerahan atau keunguan.

Buah

Buahnya jenis aken yang licin atau berbulu, bersayap, berbonggol atau berduri cangkuk.[4]

Rujukan

  1. ^ a b "Ranunculus L., Sp. Pl. : 548 (1753)". Plants of the World. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 6 November 2022.
  2. ^ a b c d "Ranunculus L." World Flora Online. World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 6 November 2022.
  3. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "rānuncŭlus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  4. ^ a b Lehnebach, C.A. (2008), Phylogenetic Affinities, Species Delimitation and Adaptive Radiation of New Zealand Ranunculus (PDF), Palmerston North, New Zealand: Massey University