Parti Bansa Dayak Sarawak

Parti Bansa Dayak Sarawak
Sarawak Dayak People's Party
PBDS
PemimpinTan Sri Datuk Amar Leo Moggie Anak Irok
DitubuhkanJuly 17, 1983
Dibubarkan5 Disember 2003 (pertama)
21 Okt 2004(kedua)
Ibu pejabatKuching
Politik Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Negara Anggota ASEAN
Kerajaan Persekutuan
  • Perlembagaan Malaysia
  • Hak asasi manusia
  • Undang-undang
  • Kontrak sosial
  • Rukun Negara
  • Agama Persekutuan (Islam)
  • Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)
  • Hak istimewa Melayu & Bumiputera

  • Kerajaan gabungan
  • Kerajaan perpaduan


  • Politik di negeri-negeri
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Wilayah Persekutuan
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s


Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: Sarawak Dayak People's Partycode: en is deprecated , singkatan PBDS) merupakan salah satu parti politik Malaysia. Parti Bansa Dayak Sarawak merupakan sebuah parti politik bangsa Dayak Sarawak yang ditubuhkan pada 1983 di Sarawak, Malaysia oleh Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie Anak Irok setelah berpecah dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).[1] Selepas Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie meletak jawatan mengejut sebagai presiden parti setelah memegang jawatan tersebut sejak ianya ditubuhkan selama 20 tahun pada 24 Jun 2003, PBDS mengalami krisis dalaman hasil daripada perebutan jawatan antara Timbalan Presiden, Datuk Seri Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti tetapi dibantahi dan dipertikaikan oleh Ketua Penerangan PBDS, Tan Sri James Jemut Masing sehingga pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan pada Dec 5, 2003. [2] Tetapi dalam beberapa hari sebelum pilihan raya pada 21 Mac 2004, Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi peluang kedua dan pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 2004. Namun, pilihan raya umum dan peluang kali kedua ini juga gagal membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia mensabotaj dan menamakan calon untuk menentang dan menghapuskan calon lawan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Okt 2004.[3] Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan 2 parti serpihan kaum Dayak yang baru, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Tan Sri James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) pula yang gagal didaftarkan.[4] Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).[5]

Lihat juga

Pautan Luar

  • The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
  • The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
  • The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
  • The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine

Rujukan

  1. ^ PARTI BANSA DAYAK SARAWAK, Sunday, May 24, 2009, Terantangtawak87[pautan mati kekal]
  2. ^ PBDS: Elegy and Eulogy, knight adventure
  3. ^ SARAWAK'S OTHERWISE STAID POLITICS SEES "ACTION" IN 2004, by Edward Subeng, Dec 11, 2004, Bernama
  4. ^ MDC Akan Buat Keputusan Mengenai Pendaftaran Parti, 18 Januari, 2009, Bernama
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-08. Dicapai pada 2014-09-08.
  • l
  • b
  • s
Parti yang mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
parti tidak berdaftar ditandakan*

  • Politik Malaysia
  • Portal politik
  • Senarai parti politik yang memenangi pilihan raya umum Malaysia mengikut Parlimen