Mimpi waras

Mimpi waras adalah mimpi yang pemimpinya sedar dia sedang bermimpi. Inilah satu keadaan sedar ketika bermimpi yang menghasilkan pengalaman yang lebih jelas ("waras" atau "sedar") dan yang biasanya membolehkan seseorang mengawal kandungan mimpinya secara langsung. [1] Pengalaman lengkap dari mula hingga akhir dikenali sebagai mimpi waras. Stephen LaBerge, penulis buku dan pengkaji yang popular dalam bidang ini, telah mentakrifkannya sebagai "bermimpi ketika menyedari bahawa anda sedang bermimpi." [2]

LaBerge dan rakan-rakannya menggelar mereka yang memeriksa dengan teliti segala kemungkinan mimpi waras sebagai oneironaut (perkataan Greek yang membawa maksud harfiah, "penjelajah mimpi"). Topik ini telah menarik perhatian berbagai-bagai kumpulan yang bersifat eklektik, termasuk kumpulan ahli psikologi, penulis karya usaha diri, kumpulan Zaman Baru, ahli mistik, ahli ilmu ghaib, dan seniman. Senarai ini bukan sahaja tidak menyeluruh, tetapi minat terhadap mimpi waras tidak semestinya dikaitkan dengan setiap kumpulan tersebut.

Pemimpi-pemimpi waras sering kali menggambarkan mimpi mereka sebagai menguja, berwarna-warni, dan aneh. Banyak orang membandingkannya dengan pengalaman rohaniah dan mengatakan bahawa mimpi-mimpi itu mengubahkan kehidupan atau pandangan mereka terhadap dunia. Sesetengah orang turut melaporkan bahawa mimpi waras mereka mengambil bentuk hiperrealiti yang kelihatan "lebih benar daripada yang sebenarnya", dengan kesemua unsur kenyataan dipertingkatkan. Mimpi waras lebih senang diingati berbanding jenis mimpi yang lain, termasuk mimpi buruk dan mungkin oleh sebab ini, mimpi waras sering dipreskripsikan sebagai cara untuk menghilangkan mimpi-mimpi yang tidak menyenangkan seseorang.

Sungguhpun pengetahuan yang jelas dan tekal sukar didapati daripada kebanyakan tafsiran mengenai pengalaman tersebut — terutamanya kerana sifatnya yang subjektif — kesahan mimpi waras sebagai satu fenomena yang dapat ditentusahkan secara saintifik kini telah mantap. Bidang mimpi waras mungkin boleh dikelaskan sebagai satu protosains yang menantikan pertambahan pengetahuan saintifik untuk bidang ini. Penyelidik-penyelidik, seperti Allan Hobson, dengan pendekatan neurofisiologi mereka untuk bidang mimpi, telah membantu mengganjakkan sempadan pemahaman mimpi waras ke alam yang kurang bersifat mengagak-agak.


Dripada:kim


Lihat juga

  • Jayne Gackenbach
  • Kehidupan semasa jaga
  • Kelumpuhan tidur
  • Kesedaran palsu
  • Mimpi
  • Pengalaman luar badan
  • Senoi

Nota

  1. ^ Soalan lazim mimpi waras Diarkibkan 2007-03-13 di Wayback Machine oleh Institut Lucidity di Web Psych.
  2. ^ Apakah mimpi waras?

Rujukan

  • Lucid Dreaming (1985), oleh Stephen LaBerge. ISBN 0-87477-342-3
  • Lucid Dreams (1968), oleh Celia Green. ISBN 0-900076-00-3
  • Lucid Dreaming: The Paradox of Consciousness During Sleep (1994) oleh Celia Green dan Charles McCreery. ISBN 0-415-11239-7
  • Exploring the World of Lucid Dreaming (1991), oleh Stephen LaBerge. ISBN 0-345-37410-X
  • Creative Dreaming (1974), oleh Patricia L Garfield. ISBN 0-671-21903-0
  • Dreams and How to Guide Them oleh Hervey de Saint-Denys. [1867] (1982) ISBN 0-7156-1584-X
  • The Lucid Dreamer (1994), oleh Malcom Godwin. ISBN 0-671-87248-6
  • Tibetan Yogas Of Dream And Sleep (1998), oleh Tenzin Wangyal Rinpoche. ISBN 1-55939-101-4
  • Conscious Mind, Sleeping Brain (1988), oleh Jayne Gackenbach dan Stephen Laberge. ISBN 0-306-42849-0

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
[[wikibooks:|]] Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:
Lucid Dreaming
  • Soalan lazim Mimpi Waras
  • Institut Lucidity, Inc.
  • Laman web Mimpi Waras, dengan forum
  • Mengubahkan Mimpi Waras melalui Amalan Yoga Mimpi
  • Laman web Dream Views: Pertimbangan dan Forum
  • Pemeriksaan kenyataan – perisian untuk membantu pemeriksaan kenyataan
  • Lucidipedia Diarkibkan 2005-03-07 di Wayback Machine
  • Temu bual dengan Celia Green mengenai mimpi waras