Mary Wollstonecraft

Mary Wollstonecraft

Mary Wollstonecraft (27 April, 1759 - 10 September, 1797) ialah seorang pengarang Inggeris yang terkenal pada abad ke-18. Dilahirkan di Spitalfields, London, Wollstonecraft mempunyai kerjaya yang penting tetapi terlalu singkat selama sembilan tahun. Beliau mengarang "Pewajaran Hak-hak Wanita" (A Vindication of the Rights of Woman), bersama-sama dengan berbagai-bagai karya yang melintasi sempadan disiplin-disiplin yang memisahkan falsafah, persuratan, pendidikan, nasihat, politik, sejarah, agama, keseksualan, dan kewanitaan.

Walaupun pada satu ketika, beliau hanya dikaitkan dengan sejarah kewanitaan, Wollstonecraft kini diakui sebagai seorang pengarang terutama dalam berbagai-bagai genre, termasuk kewartawanan, persuratan, dan travelog (Johnson, prakata). Perjuangan peribadinya sebagai seorang wanita dan pengarang telah menyumbang kepada penyataannya terhadap perhubungan yang dinamik antara penulisan politik dan hak-hak politik. Beliau memperdebatkan bahawa kedua-dua ini telah "dihadkan kepada kaum lelaki sejak masa Adam". (Gunther,171). Tulisannya mencabarkan hak kelahiran lelaki, dan melahirkan satu bentuk analisis politik yang baru (Gunther, 171). Pada hari ini, Wollstonecraft telah disanjungi kerana sokongan awalnya terhadap kesamaan dan kerasionalan wanita, serta perdebatannya terhadap perendahan dan penguasaan wanita yang dijustifikasikan oleh "kuasa sembarangan kecantikan" (Leitch, 585).


Pautan luar

  • Panduan rujukan yang teliti untuk tapak web, bahan-bahan, dan pautan Diarkibkan 2006-06-19 di Wayback Machine di Epistemlinks
  • Sebahagian daripada karya-karya Mary Wollstonecraft di Projek Gutenberg
  • Biografi ringkas, gambar, dan e-buku Pewajaran Hak-hak Wanita di Bartleby.com
  • Karya-karya oleh Mary Wollstonecraft di Projek Gutenberg
    • Kisah-kisah Kenangan Pengarang Pewajaran Hak-hak Wanita oleh William Godwin di Projek Gutenberg
  • Lagi sebuah biografi ringkas, 'Pewajaran…' dan 'Maria…' di Panduan Sejarah.