Manumatik

Jenis transmisi
Manual
  • Manual berjujukan

Tidak segerak
Automatik

  • Manumatik

Separa automatik

  • Kotak gear dwiklac
  • Saxomat
Boleh laras berterusan
  • Variomatik
  • Multitronik
Gear basikal
  • Gear penggelungsur
  • Gear hab
  • p
  • b
  • s

Manumatik merupakan gabungan daripada perkataan manual dan automatik, yang merujuk kepada sejenis kelas transmisi automotif.

Manumatik merujuk kepada sejenis transmisi automatik yang membenarkan pemandu mengawal pilihan gear. Sepanjang sebahagian besar daripada sejarah automotif, transmisi automatik sebenarnya memang membenarkan sedikit kawalan terhadap pilihan gear menggunakan tombol gear. Manumatik pula menambah baik ciri ini dengan menyediakan sama ada penukar padel pada stereng ataupun tombol gear yang diubahsuai bagi operasi yang lebih menyenangkan. Pengeluar kereta berbeza telah menggunakan pelbagai label bagi transmisi manumatik mereka, seperti 'Tiptronic', 'Geartronic', 'Touchshift', 'Sporttronic', 'manual tanpa klac' dan banyak lagi.

Sesetengah transmisi manumatik dan separa automatik membenarkan pemandu mempunyai kawalan penuh terhadap pilihan gear, manakala kebanyakan yang lainnya akan masuk campur dengan menukar gear secara automatik pada had atas dan/atau had bawah banjaran operasi enjin, bergantung kepada kedudukan pendikit. Manumatik dan kebanyakan transmisi separa automatik juga menyediakan pilihan untuk beroperasi dengan sifat yang sama seperti transmisi automatik konvensional dengan membenarkan komputer transmisi untuk menukar gear.

Tanda dagangan

  • Acura: Sequential SportShift
  • Alfa Romeo: Sportronic, Q-System, Q-Tronic
  • Alpina: Switchtronic
  • Aston Martin: Touchtronic
  • Audi: Tiptronic
  • BMW: Steptronic
  • Citroen EGS, SensoDrive
  • Chevrolet: TAPshift
  • Chrysler / Dodge / Jeep / Ram: AutoStick
  • Ford (Australia): Sequential Sports Shift
  • Ford (USA): SelectShift
  • Holden: Active Select
  • Honda: iShift, S-matic, MultiMatic, SportShift
  • Hyundai: Shiftronic, HIVEC H-Matic
  • Infiniti: Manual Shift Mode
  • Jaguar: Bosch Mechatronic
  • Kia: Sportmatic
  • Lancia: Comfortronic
  • Land Rover: CommandShift
  • Lexus: E-Shift
  • Lincoln: SelectShift
  • Mazda: ActiveMatic
  • Mercedes-Benz: TouchShift
  • MG-Rover: Steptronic
  • Mitsubishi: INVECS, INVECS II, INVECS III, Sportronic, tiptronic, Allshift
  • Nissan: Xtronic (also used in "Xtronic CVT")
  • Opel / Vauxhall: ActiveSelect, tiptronic
  • Peugeot: 2Tronic, tiptronic
  • Pontiac: TACshift (Touch Activated Control), TAPshift (Touch Activated Power), Driver Shift Control (DSC)
  • Porsche: PDK (Porsche Doppelkupplung), Tiptronic, Tiptronic S
  • Proton: PROTRONIC
  • Saab: Sentronic
  • Saturn: TAPshift
  • SEAT: tiptronic
  • Škoda Auto: DSG
  • Subaru: Sportshift (system developed and name used under license from Prodrive Ltd.)
  • Toyota: ECT, Multimode manual transmission
  • Volkswagen Commercial Vehicles: tiptronic
  • Volkswagen Passenger Cars: tiptronic inclusive of Direct Shift Gearbox (DSG)
  • Volvo: Geartronic

Lihat juga

Rujukan