M. Zain
M. Zain | |
---|---|
M. Zain pada 1950-an | |
Kelahiran | Mohamad Zain bin Shariff 1921 (1921) Jalan Perak, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 31 Januari 1967(1967-01-31) (umur 45–46) Hospital Besar Singapura |
Sebab kematian | Penyakit kuning |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1959–1967 |
Majikan | Malay Film Productions |
Terkenal kerana | Watak Labu dalam filem Labu dan Labi |
Mohamad Zain Shariff atau lebih dikenali sebagai M. Zain (1921 – 31 Januari 1967 di Jalan Perak, Pulau Pinang) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia.
Kerjaya
Beliau pernah berlakon dengan ramai pengarah filem termasuk P. Ramlee, Omar Rojik dan Jamil Sulong, antaranya watak dan karakter sebagai Labu, tukang masak kepada Haji Bakhil dalam filem Labu dan Labi di samping P. Ramlee, Udo Omar dan Mariani yang menyerlahkan lagi lakonannya.
Kematian
M. Zain meninggal dunia pada 31 Januari 1967 iaitu pada usia 46 tahun.[1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1959 | Raja Laksamana Bentan | Ramasamy | Filem pertama |
Nujum Pak Belalang | Kanchong | ||
1960 | Pertarongan | ||
Isi Neraka | Bagong | ||
Sumpah Wanita | Pak Labu | ||
Megat Terawis | |||
Putera Sangkar Maut | Peminta Sedekah | Pelakon sampingan | |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Tukang Lelong Hamba Abdi | |
Seniman Bujang Lapok | Jiran India | Penampilan khas | |
Mas Merah | Pak Sagai | ||
Si Tanggang | Orang Kampung | ||
Panji Semerang | |||
Indera Bangsawan | Putera Kuntum Selasih | ||
Singapura Dilanggar Todak | Wak Labu | ||
1962 | Gerhana | Maideen | |
Ibu Mertua-ku | Abang Ali | ||
Siti Muslihat | Khamis | ||
Neracha | Baharin | ||
Labu dan Labi | Labu bin Kundur | ||
1963 | Nasib Si Labu Labi | Labu[2] | |
Pilih Menantu | Zain | ||
Kasih Tanpa Sayang | Ahmad | ||
1964 | Mambang Moden | Pak Hassan | |
1965 | Sayang Si Buta | Dollah | |
Melanchong Ka Tokyo | |||
1966 | Aksi Kuching | Karim | Filem terakhir |
Rujukan
Pautan luar
- M. Zain di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)