Lotus F1

Koordinat: 51°55′12″N 1°23′25″W / 51.92000°N 1.39028°W / 51.92000; -1.39028

United Kingdom Lotus-Renault
Nama penuhLotus F1 Team
PangkalanEnstone, Oxfordshire, United Kingdom
Ketua pasukanÉric Boullier[1]
Pengarah teknikalNick Chester
Laman sesawangwww.lotusf1team.com
Nama terdahuluLotus Renault GP
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Australia 2012
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai26
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan2
Pusingan terpantas4
Kedudukan 2012Ke-4 (303 mata)
  • iconPortal Formula Satu

Lotus F1 Team ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di United Kingdom. Pasukan ini bertanding di bawah nama Lotus buat kali pertama pada musim 2012, berikutan pertukaran nama pasukan Renault yang dahulunya bertapak di Enstone, Oxfordshire. Lotus F1 Team dimiliki oleh Genii Capital.[2] Pasukan ini dinamakan sempena penjenamaan rakan kongsi mereka, Group Lotus. Pasukan mendapat tempat keempat dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia dalam musim pertama mereka di bawah nama Lotus.

Latar belakang

Sejarah pasukan Formula Satu ini bermula pada tahun 1981 sebagai pasukan Motorsport Toleman, yang berpangkalan di Witney, Oxfordshire, England. Pada tahun 1986, Toleman menukar nama mereka kepada Benetton Formula, berikutan pembelian oleh keluarga Benetton pada tahun 1985. Pada tahun 1992/3, Benetton berpindah beberapa batu kepada pangkalan baru di Enstone. Michael Schumacher memenangi kejuaraan pemandu dengan pasukan pada tahun 1994 dan 1995. Pada tahun 1995, Benetton turut memenangi kejuaraan pengeluar dengan Johnny Herbert memandu bersama Schumacher. Renault membeli Benetton pada tahun 2000, dan pada tahun 2002, mereka dinamakan semula kepada Renault F1. Pada tahun 2005 dan 2006, Fernando Alonso memenangi kejuaraan pemandu bersama mereka, dan pasukan memenangi kejuaraan pengeluar (dengan Giancarlo Fisichella sebagai pemandu mereka yang lain). Bermula dengan Lotus E20, Lotus telah mengiktiraf pencapaian ini dengan meletakkan tiga bintang emas di kereta mereka, yang terletak di hadapan kokpit. Pada akhir tahun 2009, Renault menjual majoriti kepentingan dalam pasukan untuk Genii. Bagi tahun 2011, Lotus Cars terlibat dengan Renault dan pasukan dinamakan semula, pertama sebagai Lotus Renault GP, dan sebagai "Lotus F1 Team" bagi tahun 2012.

Lotus dalam Formula Satu

Team Lotus adalah sebuah syarikat "adik" Lotus Cars, yang bersaing dalam Formula Satu antara tahun 1958 dan 1994, dan memenangi enam gelaran pemandu dan tujuh gelaran pengeluar antara tahun 1963 dan 1978. Nama Lotus kembali ke Formula Satu pada tahun 2010 melalui pasukan Lotus Racing kepunyaan Tony Fernandes, yang menggunakan nama dari lesen Group Lotus. Group Lotus kemudiannya menamatkan lesen tersebut, tetapi Fernandes mengambil alih milik persendirian Team Lotus untuk digunakan pada musim 2011. Untuk musim 2012, Team Lotus menukar nama mereka kepada Caterham F1 Team, dan membenarkan pasukan Lotus Renault GP dinamakan semula sebagai Lotus F1 Team.

Sejarah

2012: Permulaan

Romain Grosjean di Grand Prix Kanada 2012. di mana beliau mendapat podium keduanya.[3]

Pada 29 November 2011, pasukan mengumumkan bahawa Kimi Räikkönen akan berlumba untuk mereka pada tahun 2012, selepas tidak bertanding dalam Formula Satu selama dua tahun, selepas bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia; Räikkönen menandatangani kontrak dua tahun, dengan pilihan tahun untuk tahun ketiga. Pada 9 Disember, pasukan mengumumkan bahawa juara GP2 Series dan pemandu Renault pada tahun 2009, Romain Grosjean, akan berlumba bersama Räikkönen.

Pada awal musim ini, pasukan terlibat dalam sebuah bantahan ke atas penggunaan konsep sayap belakang "radikal" yang digunakan pada kereta pasukan Mercedes, yang kemudiannya digelar 'sayap belakang F-Duct' atau Double DRS.[4] Pertikaian itu tidak diselesaikan sehingga perlumbaan ketiga di China, apabila steward sebulat suara menolak bantahan rasmi mereka[5], dan Lotus kemudiannya mengesahkan mereka tidak akan merayu terhadap keputusan itu.[6]

Lotus memulakan musim ini dengan kuat apabila Grosjean mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan di Australia, tetapi insiden pada pusingan pertama di Australia dan Malaysia menghancurkan peluangnya untuk mendapat mata pertamanya dalam Formula Satu. Di China, Räikkönen berada di tempat kedua, namun akhirnya gagal mendapat sebarang mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-14. Di Bahrain, Lotus mendapat podium pertama pada musim ini selepas Räikkönen dan Grosjean mendapat tempat kedua dan ketiga masing-masing. Di Monaco, Grosjean terlibat dalam sebuah insiden pada pusingan pertama tetapi di Kanada, strategi yang baik membolehkan Grosjean mendapat tempat kedua, dan ia merupakan keputusan terbaiknya dalam Formula Satu. Pada perlumbaan seterusnya di Valencia, Grosjean berada di tempat kedua, namun masalah mekanikal menyebabkan beliau bersara, tetapi Räikkönen tidak mengalami sebarang masalah dan sekali lagi mendapat tempat kedua.

Di Jerman, Hungary dan Belgium, Räikkönen mendapat tiga podium berturut-turut. Di Hungary, beliau dan Grosjean bertarung selepas keluar dari pit. Akhirnya Räikkönen mendahului Grosjean, dan mendapat mendapat tempat kedua, manakala Grosjean mendapat podium ketiganya dengan mendapat ketiga.

Di Grand Prix Belgium, Grosjean menyebabkan perlanggaran yang menyebabkan Lewis Hamilton, Fernando Alonso, Sergio Pérez dan Grosjean sendiri untuk bersara. Insiden tersebut bermula apabila Grosjean berlanggar dengan Hamilton sebelum ke selekoh La Source. Selepas perlumbaan, Grosjean telah digantung satu perlumbaan, dan tidak boleh berlumba di Monza. Untuk perlumbaan tersebut, beliau telah digantikan oleh pemandu simpanan Lotus, Jérôme d'Ambrosio.

Selepas hampir memenangi perlumbaan di Bahrain, Räikkönen memenangi perlumbaan pertama pasukan di Grand Prix Abu Dhabi. Ia juga adalah kemenangan pertamanya selepas kembali ke Formula Satu. Setelah mendapat mata dalam 19 daripada 20 perlumbaan, dan mendapat 7 podium (termasuk kemenangan di Abu Dhabi), Räikkönen mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pemandu dan Lotus berada di tangga keempat dalam Kejuaraan Pengeluar.

2013: Lebih banyak kejayaan

Pada 29 Oktober 2012, Lotus F1 mengesahkan bahawa Räikkönen akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2013. Romain Grosjean akan terus menjadi rakan sepasukannya bagi musim 2013. Di Grand Prix Australia 2013, Lotus memenangi perlumbaan pertama mereka pada musim ini, dengan usaha cemerlang Räikkönen, yang memulakan perlumbaan di tempat ketujuh. Dengan ini, Räikkönen mendahului tangga Kejuaraan Pemandu dan Lotus berada di tangga kedua dalam Kejuaraan Pengeluar. Romain Grosjean, yang memulakan perlumbaan di tempat kelapan, akhirnya mendapat tempat kesepuluh selepas mengalami masalah dengan keretanya.

Selepas Räikkönen dihukum kerana menghalang Nico Hülkenberg pada pusingan kelayakan dan Grosjean gagal untuk memasuki Q3, Grand Prix Malaysia menyaksikan Lotus hanya berada di tempat kesepuluh dan kesebelas pada petak permulaan. Mereka akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan keenam.

Di Grand Prix China, Räikkönen mendapat tempat kedua, walaupun jatuh dua tempat pada petak permulaan dan mengalami kerosakan pada keretanya semasa bersaing bersama Sergio Pérez; Grosjean mendapat tempat kelapan.

Di Grand Prix Bahrain, kedua-dua pemandu gagal menunjukan prestasi yang baik pada pusingan kelayakan, namun seperti mana ketua pasukan, Éric Boullier, telah menjangkakan, Lotus mempunyai kadar yang baik pada perlumbaan dan kedua-dua pemandu menamatkan perlumbaan di atas podium. Perlumbaan ini menyaksikan tempat ketiga teratas yang sama seperti tahun sebelumnya.

Penajaan dan corak rekaan

Lotus F1 menggunakan corak rekaan John Player Special kepunyaan Team Lotus yang digunakan pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Lotus F1 menggunakan corak rekaan berwarna hitam dan emas yang diilhamkan oleh Team Lotus - syarikat adik Group Lotus - apabila pasukan tersebut ditaja oleh jenama tembakau John Player Special semasa tahun 1970-an dan 80-an. Renault, Total, Unilever, Rexona, Clear, TW Steel, Trina Solar dan Japan Rags juga menjadi penaja untuk pasukan.

i-race Professional

i-race merupakan sebuah hasil kerjasama antara pengurusan Gravity Sports dan Lotus F1. Program i-Race Profesional membantu pelumba dalam formula yang lebih rendah untuk merasakan bagaimana dunia Formula Satu sebenarnya.

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2012 Lotus E20 Renault RS27-2012 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 303 Ke-4
Finland Kimi Räikkönen 7 5 14 2 3 9 8 2 5 3 2 3 5 6 6 5 7 1 6 10
Perancis Romain Grosjean Ret Ret 6 3 4 Ret 2 Ret 6 18 3 Ret 7 19 7 9 Ret 7 Ret
Belgium Jérôme d'Ambrosio 13
2013 Lotus E21 Renault RS27-2013 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 112* Ke-3*
Finland Kimi Räikkönen 1 7 2 2 2 10
Perancis Romain Grosjean 10 6 9 3 Ret Ret

* Musim sedang dijalankan.

Rujukan

  1. ^ Noble, Jonathan (5 Januari 2010). "Boullier joins Renault as team principal". autosport.com. Dicapai pada 13 Mei 2013.
  2. ^ "Boullier: Group Lotus tidak memiliki Renault F1". Crash.net. 2011-01-20. Dicapai pada 2012-02-03.
  3. ^ FORMULA 1 GRAND PRIX DU CANADA 2012: Results, dicapai pada 2013-01-25
  4. ^ Noble, Jonathan (15 Mac 2012). "Mercedes F1 team's rear wing concept deemed legal by FIA". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 24 Mei 2013.
  5. ^ Elizalde, Pablo (12 April 2012). "Lotus protest against Mercedes wing rejected by FIA". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 12 April 2012.
  6. ^ Noble, Jonathan "Lotus will not appeal stewards' decision on Mercedes rear wing" Autosport. 12 April 2012. Retrieved 2013-05-24

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi Lotus F1 Team
  • Lotus F1 di Twitter
  • l
  • b
  • s
Pasukan Formula Satu
Pasukan dan pemandu yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu 2023
Alfa Romeo-FerrariAlphaTauri-RBPTAlpine-RenaultAston Martin Aramco-MercedesFerrari
  • 10. Pierre Gasly
  • 31. Esteban Ocon
Haas-FerrariMcLaren-MercedesMercedesRed Bull Racing-RBPTWilliams-Mercedes
  • 2. Logan Sargeant
  • 23. Alexander Albon
  • l
  • b
  • s
United Kingdom Lotus F1 Team
Ketua Pasukan
Éric Boullier
Kakitangan
Nick Chester
Gerard Lopez
Eric Lux
Mansoor Ijaz
Alan Permane
Suhail Al Dhaheri
Bekas kakitangan
James Allison
Pemandu ujian
Belgium Jérôme d'Ambrosio
Perancis Romain Grosjean
Finland Heikki Kovalainen
Venezuela Pastor Maldonado
Finland Kimi Räikkönen
Pemandu pembangunan
Perancis Nicolas Prost
Kereta Formula Satu
E20
E21
E22
E23 Hybrid
Berkaitan
Genii Capital
Group Lotus
Infinity Racing Partners Limited
  • p
  • b
  • s
Tempoh masa pengeluaran kereta Lotus, 1950–kini
Kereta jalan 1950s 1960s 1970s 1980s 1990s 2000s 2010s
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2
Kereta sport Mark VIII Mark IX Eleven 15 17 19 23 30 40 47 62
Mark VI Seven 340R 2-Eleven
Roadster Elan Elan M100 Elise
Coupé Elite Elan Exige
Eclat Excel Evora
Sedan Elan +2 Elite
Grand tourer Europa Esprit Europa S
Kereta perlumbaan Mark I · Mark II · Mark III · Mark IV · Mark V · 12 · 16 · 17 · 18 · 20 · 21 · 22 · 24 · 25 · 27 · 29 · 31 · 32 · 33 · 34 · 38 · 39 · 41 · 42 · 43 · 44 · 48 · 49 · 56 · 59 · 61 · 63 · 64 · 69 · 70 · 72 · 73 · 74 · 76 · 77 · 78 · 79 · 80 · 81 · 86 · 87 · 88 · 91 · 92 · 93T · 94T · 95T · 96T · 97T · 98T · 99T · 100T · 101 · 102 · 107 · 109 · 112 · 114 · 115 · 119 · T125  · T127  · T128  · E20  · E21
Kereta yang berkaitan Caterham Seven · Ford Lotus Cortina · Talbot Sunbeam Lotus · DeLorean DMC-12 · Isuzu Piazza · Chevrolet Corvette ZR-1 · Vauxhall Lotus Carlton · Kia Elan · Vauxhall VX220 · Tesla Roadster · Proton EMAS
Kereta konsep M90 · APX · Ethos
Orang penting Colin Chapman · Tony Rudd · Romano Artioli · Dany Bahar
Group Lotus Laman sesawang rasmi · Lotus Cars · Lotus Engineering · Team Lotus · Lotus F1
  • l
  • b
  • s
Pengeluar Formula Satu
Pengeluar semasa (2022)
Bekas pengeluar
  • AFM
  • AGS
  • Alfa Romeo
  • Alta
  • Amon
  • Andrea Moda
  • Apollon
  • Arrows
  • Arzani-Volpini
  • Aston-Butterworth
  • ATS (Italy)
  • ATS (Germany)
  • BAR
  • Behra-Porsche
  • Bellasi
  • Benetton
  • BMW
  • Boro
  • Brabham
  • Brawn
  • BRM
  • BRP
  • Bugatti
  • Caterham
  • Cisitalia
  • Coloni
  • Connaught
  • Connew
  • Cooper
  • Cosworth
  • Dallara
  • De Tomaso
  • Delahaye
  • Derrington-Francis
  • Eagle
  • Eifelland
  • Emeryson
  • EMW
  • ENB
  • Ensign
  • ERA
  • EuroBrun
  • Ferguson
  • FIRST
  • Fittipaldi
  • Fondmetal
  • Footwork
  • Force India
  • Forti
  • Frazer Nash
  • Fry
  • Gilby
  • Gordini
  • Greifzu
  • Haas/Lola
  • Hesketh
  • Hill
  • HRT
  • HWM
  • Honda
  • Jaguar
  • JBW
  • Jordan
  • Kauhsen
  • Klenk
  • Kojima
  • Kurtis Kraft
  • Lancia
  • Larrousse
  • LDS
  • LEC
  • Leyton House
  • Life
  • Ligier
  • Lola
  • Lotus
  • Lotus (1954-1994)
  • Lotus (2010-2011)
  • Lyncar
  • Maki
  • March
  • Marussia
  • Martini
  • Maserati
  • Matra
  • MBM
  • McGuire
  • Merzario
  • Midland
  • Milano
  • Minardi
  • Modena
  • Onyx
  • OSCA
  • Osella
  • Pacific
  • Parnelli
  • Penske
  • Porsche
  • Prost
  • RAM
  • RE
  • Rebaque
  • Renault
  • Reynard
  • Rial
  • Sauber
  • Scarab
  • Scirocco
  • Shadow
  • Shannon
  • Simtek
  • Spirit
  • Spyker
  • Stebro
  • Stewart
  • Super Aguri
  • Surtees
  • Talbot
  • Talbot-Lago
  • Tec-Mec
  • Tecno
  • Theodore
  • Token
  • Toleman
  • Toro Rosso
  • Toyota
  • Trojan
  • Tyrrell
  • Vanwall
  • Veritas
  • Virgin
  • Williams (FWRC)
  • Wolf
  • Zakspeed