Lencana Serangan Am

Gambar-gambar Lencana Serangan Am dalam versi 57
Pemakaian betul Lencana Serangan Am oleh seorang Sarjan Mejar

Lencana Serangan Am (Jerman: Allgemeines Sturmabzeichencode: de is deprecated atau General Assault Badge) adalah anugerah tentera yang dikurniakan semasa Perang Dunia II kepada anggota Tentera Darat Jerman, Waffen-SS dan Ordnungspolizei yang terlibat dalam serangan infantri tetapi bukan sebahagian daripada unit infantri sebenar dan oleh itu tidak layak untuk menerima Lencana Serangan Infantri. Ia telah dizahirkan oleh Kolonel Jeneral Walther von Brauchitsch pada 1 Jun 1940.[1]

Rekabentuk

Lencana ini, direka oleh firma Wilhelm Ernst Peekhaus yang berpusat di Berlin, adalah berbentuk bujur yang berukuran 5.3 cm (2 in) by 4.2 cm (2 in) by .6 cm (0 in) lebar. Kalungan lima daun oak mengelilingi bulatan pada setiap sisi pingat dengan sepasang biji oak pada bahagian bawah. Didalam kalungan daun terdapat helang besar Wehrmacht yang melipatkan sayapnya sambil mengenggam lambang swastika dengan silangan bayonet dan bom tongkat dibawahnya. Pingat ini dipakaikan pada uniform tentera bersertakan pin dan penyangkut.[2]

Dari 6 Jun 1943, pingat ini telah disesuaikan dengan plat kecil pada bahagian bawah yang bertulis 25, 50, 75 atau 100 bagi mengiktiraf perajurit yang mengambil bahagian dalam serangan yang banyak.

Kriteria anugerah

Pingat ini pada asalnya direka untuk penganugerahan para jurutera, serta anggota-anggota artileri, anti pesawat dan anti kereta kebal yang membantu unit-unit infantri semasa pertempuran. Ia juga boleh dikurniakan kepada anggota medik yang merawat mangsa di medan pertempuran. Sebelum kemunculan Lencana Kemusnahan Kereta Kebal pada Mac 1942, Lencana Serangan Am boleh dikurniakan untuk mereka yang memusnahkan seorang diri lapan buah kereta kebal atau kenderaan perisai.

Faktor penentu lain anugerah:

  • Tiada kelayakan untuk Lencana Serangan Infantri.
  • Penyertaan dalam tiga serangan infantri atau armor keatas tiga hari yang berbeza.
  • Penyertaan dalam tiga serangan tidak langsung infantri atau armor keatas tiga hari yang berbeza.
  • Cedera dalam pertempuran.

Rujukan

  1. ^ "General Assault Badge". Wehrmacht Awards. Dicapai pada 2 February 2014.
  2. ^ "General Assault Badge". TracesOfWar. Dicapai pada 2 February 2014.
Senarai anugerah tentera Reich Ketiga
Anugerah bagi semua khidmat
Tentera Darat / Waffen-SS
  • Anti-Partisan Guerrilla Warfare Badge
  • Army Anti-Aircraft Badge
  • Blue Division Medal (Germany)
  • Close Combat Clasp
  • General Assault Badge
  • Honour Roll Clasp of the Army
  • Infantry Assault Badge
  • Panzer Badge
  • Sniper's Badge
  • Tank Destruction Badge
  • Wehrmacht Long Service Award
  • Wehrmacht mountain troops badge
Luftwaffe
  • Anti-Aircraft Flak Battle Badge
  • Aviator badge
  • Balloon Observer's Badge
  • Ehrenpokal der Luftwaffe
  • Front Flying Clasp of the Luftwaffe
  • Ground Assault Badge of the Luftwaffe
  • Luftwaffe Honor plate
  • Parachutist Badge
  • Pilot/Observer Badge
Kriegsmarine
  • Auxiliary Cruiser Badge
  • Blockade Runner Badge
  • Destroyer War Badge
  • Fast Attack Craft War Badge
  • High Seas Fleet Badge
  • Minesweeper War Badge
  • Naval Artillery War Badge
  • U-boat Front Clasp
  • U-boat War Badge
Perisai Kempen
  • Cholm Shield
  • Crimea Shield
  • Demyansk Shield
  • Kuban Shield
  • Lappland Shield
  • Narvik Shield