Laki-Laki

Laki-Laki
PengarahOllynn Khadri
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiAngah Raja Lawak
Zul Handy Black
Mie Raja Lawak
Azrel Ismail
Adey Syafrien
SinematografiDekwan
Syarikat
penerbitan
Metrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 19 Disember 2013 (2013-12-19) (Malaysia)
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaMelayu

Laki-Laki ialah filem Malaysia yang diarahkan oleh Ahmad Rusli Mohamed Khadri atau dipanggil Ollynn Khadri. Filem ini di pawagam pada 19 Disember 2013. Filem ini menjalankan penggambaran di sekitar KL dan Pulau Pangkor.

Sinopsis

Mengisahkan zaman kemuncak kegemilangan Razak, Abu, Azman, Samad dan Jerry, mereka tersungkur dan berikutan itu dipertemukan pula dalam satu insiden tidak dijangka.

Mereka berlima tidak pernah bertemu sebelum ini, namun berhadapan situasi sama apabila malang menimpa kerjaya mereka sehingga memerlukan bantuan untuk menaikkan semula semangat.

Lantas, mereka pun mengambil keputusan menyertai satu program motivasi dan belum sempat sampai ke lokasi dituju, kapal terbang dinaiki mereka terhempas ke sebuah pulau asing.

Masing-masing memiliki ego tersendiri maklum saja sebelumnya mereka cukup hebat dalam kerjaya sendiri tapi pada pertemuan berkenaan, mereka terpaksa akur dan terserlah sifat sebenar.

Bagaimanapun, setiap pertemuan pasti ada hikmahnya dan semakin mengenali hati budi masing-masing, daripada situ timbul kesedaran mereka saling memerlukan.

Pelakon

  • Angah Raja Lawak sebagai Abu
  • Zul Handy Black sebagai Razak
  • Mie Raja Lawak sebagai Samad
  • Azrel Ismail sebagai Azman
  • Adey Syafrien sebagai Jerry
  • Zaibo sebagai Dr. Roslan

Pautan luar