Konduktor muzik

Seorang konduktor memimpin orkestra muzik
Skor dan baton konduktor muzik

Konduktor muzik ataupun pemimpin muzik ialah seorang pemimpin persembahan sebuah orkestra, opera, koir, konsert atau ensembel muzik [1]. Pengarahan menerusi cara gerak isyarat yang dapat dilihat ini ialah tindakan perlaksanaan arahan muzik menerusi seni pengawalan untuk persembahan - persembahan kumpulan pemuzik [2]. Kebanyakan konduktor muzik di rumah-rumah opera dan dewan-dewan simfoni memegang jawatan sebagai Pengarah Muzik di tempat-tempat tersebut.

Tatanama

Konduktor muzik utama untuk sesebuah syarikat orkestra atau opera kadangkala dirujuk sebagai pengarah muzik atau ketua konduktor, atau dalam bahasa Jerman sebagai kapellmeister. Konduktor-konduktor untuk koir pula kadang-kala dipanggil pengarah koral, pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

Konduktor-konduktor untuk pasukan ketenteraan atau lain-lain kebiasaannya digelar pemimpin pancaragam. Kebiasaannya, konduktor-konduktor yang berpengalaman digelar maestro yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pakar atau guru.

Pautan Wikipedia bahasa Inggeris

  • (Inggeris) Senarai konduktor muzik
  • (Inggeris) Cheironomy

Rujukan

  1. ^ Huraian Karyanet.com.my untuk "Conductor"[pautan mati kekal]
  2. ^ Ulasan Karyanet.com.my mengenai “Conducting”[pautan mati kekal]

Buku rujukan

  • Norman Lebrecht, The Maestro Myth: Great Conductors in Pursuit of Power, Edisi ke-2, Citadel Press 2001
  • Brock McElheran, "Conducting Technique"
  • Frederik Prausnitz, "Score and Podium"
  • Max Rudolf, "The Grammar Of Conducting"
  • Larry G. Curtis and David L. Kuehn, "A Guide To Successful Instrumental Conducting."
  • Michel Faul, "Louis Jullien, musique, spectacle et folie au XIXe siècle" (edisi Atlantica, France 2006).

Pautan luar

  • Pengenalan untuk memimpin persembahan muzik Diarkibkan 2008-11-19 di Wayback Machine
  • Konduktor muzik
  • Konduktor muzik Australia Benjamin Northey memimpin persembahan Diarkibkan 2008-01-24 di Wayback Machine
Portal:
  • icon Opera
  •  Muzik klasikal
  • icon Seni
  • l
  • b
  • s