Kolam ikan

Memancing di sebuah sistem kolam ikan di Tasik Daye berdekatan dengan Daye, China
Kolam ikan pada zaman pertengahan masih digunakan sehingga hari ini

Kolam ikan adalah sejenis takungan, tasik buatan atau kolam terkawal yang diisi dengan ikan bagi tujuan akuakultur untuk perternakan ikan, atau digunakan sebagai tujuan rekreasi atau hiasan. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, menjadi satu kebiasaan bagi biara dan istana kota yang memiliki sebuah kolam ikan.

Sejarah

Semasa musim sejuk, bekalan makanan segar kepada perbatasan hadapan menjadi satu cabaran yang berpanjangan. Meskipun daging boleh didapati dari taman rusa, ia tidak mampu untuk memenuhi keperluan isi rumah. Oleh itu, kolam ikan memberi satu penyelesaian yang menakjubkan. Selagi terdapat aliran semuajadi air ke dalam kolam, ikan tidak perlu diberi makan dan boleh ditangkap pada sepanjang tahun. Biasanya terdapat beberapa siri kolam, di mana ikan-ikan akan dialihkan semasa proses pembesaran.

Akuakultur

Pada hari ini, kolam ikan banyak digunakan bagi tujuan akuakultur. Ia biasa digunakan di:

  • Kanada
  • Eropah, terutamanya di Republik Czech (Rožmberk Pond, Velké Dářko, Máchovo jezero), di mana ikan kap biasa disimpan.
  • Filipina di mana Milkfish, Tilapia, ketam, udang kara, udang harimau, siput dan lain-lain lagi diternak.
  • Asia Timur, terutamanya di Jepun dengan koi.

Kolam ikan juga banyak digunakan di negara-negara membangun. Ia menyumbang kepada sumber makanan dan pendapatan dari jualan ikan bagi petani kecil dan juga menyediakan saliran dan bekalan air bagi ternakan.[1]

Galeri

  • Kolam memancing klasik digunakan oleh Clay Cross Angling Club
    Kolam memancing klasik digunakan oleh Clay Cross Angling Club
  • Kolam memancing di Grainthorpe Fen
    Kolam memancing di Grainthorpe Fen
  • Kolam memancing di England
    Kolam memancing di England
  • Kolam ikan pada zaman pertengahan
    Kolam ikan pada zaman pertengahan
  • Kolam ikan bersejarah
    Kolam ikan bersejarah
  • Pelantar memancing, direka bagi pengguna kerusi roda.
    Pelantar memancing, direka bagi pengguna kerusi roda.

Lihat juga

  • Kolam Koi

Nota

  1. ^ FAO, Farm ponds for water, fish and livelihoods[pautan mati kekal] FAO, Rome, 2009

Rujukan

  • Aston M (1998) Medieval fish, fisheries and fishponds in England Volumes 1-2. B.A.R. ISBN 9780860545095.
  • Chattopadhyay GN (1998) Chemical Analysis of Fish Pond Soil and Water Daya Publishing House. ISBN 9788170351771.
  • Compton LV (1943) Techniques of fishpond management U.S. Dept. of Agriculture.
  • Delincé G (1992) The ecology of the fish pond ecosystem Kluwer Academic Publishers. ISBN 9780792316282.
  • Farber JM (1997) Ancient Hawaiian fishponds: can restoration succeed on Molokaʻi? Neptune House Publications. ISBN 9780965978200.
  • Gopalakrishnan V and Coche AG (1994) Handbook on small-scale freshwater fish farming Training Series No. 24, FAO, Rome. ISBN 92-5-103163-0.
  • Hoare J (1870) A treatise on fishponds, addressed to the nobility and gentry of Sussex Wyman & sons, original from Harvard University.
  • IUCN (1997) Fishing for a living: the ecology and economics of fishponds in Central Europe ISBN 9782831703862.
  • FAO (1996) Simple methods for aquaculture: Management for freshwater fish culture: Ponds and water practices[pautan mati kekal] Training Series No. 21/1, Rome.
  • FAO (1995) Simple methods for aquaculture: Pond Construction for Freshwater Fish Culture: Building Earthen Ponds[pautan mati kekal] FAO Training Series No. 20/1, Rome.
  • FAO (1992) Simple methods for aquaculture: Pond Construction for Freshwater Fish Culture: Pond-Farm Structures and Layouts[pautan mati kekal] FAO Training Series No. 20/2, Rome.
  • FAO (1989) Simple methods for aquaculture: Topography: Making topographical surveys for freshwater fish culture[pautan mati kekal] Training Series No. 16/2, Rome.
  • FAO (1981) Simple methods for aquaculture. Water for freshwater fish culture Training Series No.4, Rome.