Kesan Leidenfrost

Kesan Leidenfrost [lai-dĕn-frost] ialah suatu fenomena yang berlaku apabila cecair yang berdekatan dengan suatu permukaan pejal yang bersuhu lebih panas daripada takat didih cecair tersebut lalu membentuk suatu lapisan wap yang mengelakkan titisan tersebut daripada mendidih secara mendadak. Perkara ini boleh diperhatikan dengan merenjis air pada permukaan kuali yang dipanaskan pada takat tertentu ("takat Leidenfrost") lalu renjisan tersebut menggelincir di atas permukaan tersebut buat seketika kerana adanya lapisan wap ini sebelum menyejat, tidak seperti sifat penyejatan cecair yang biasa.

Fenomena ini dinamakan sempena Johann Gottlob Leidenfrost (1715—1794), seorang doktor berbangsa Jerman yang pertama kali menulis mengenai gambaran fenomena ini dalam De Aquae Communis Nonnullis Qualitatibus Tractatus ("Fasal Mengenai Sifat Air Yang Sering Ditemui", 1756).

Suhu bermulanya kesan ini sukar untuk diramal dan bergantung dengan sifat permukaan yang memanas serta sama ada bendasing dalam cecair. Terdapat juga kajian yang dilakukan agar memperoleh model teori mengenai sistem ini namun ia sukar dilakukan.[1] Takat Ledienfrost untuk setitis air di atas permukaan kuali panas dianggarkan secara kasar pada 193 darjah Celsius.[perlu rujukan]

Rujukan

  1. ^ Bernardin, John D.; Mudawar, Issam (2002). "A Cavity Activation and Bubble Growth Model of the Leidenfrost Point". Journal of Heat Transfer. 124 (5): 864–74. doi:10.1115/1.1470487.

Pautan luar

  • Esei mengenai kesan ini serta demonstrasi fenomena ini oleh Jearl Walker (dalam format PDF)
  • Laman dengan video gerak laju, gambar serta penerangan oleh Heiner Linke di Universiti Oregon, Amerika Syarikat (dalam bahasa Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Keadaan jirim
Keadaan
Pepejal • Cecair • Gas / Wap air • Plasma
Perubahan keadaan jirim
Tenaga rendah
Peluwap Bose–Einstein • Peluwap fermion • Jirim rosot • Kuantum Hall • Jirim Rydberg • Jirim ganjil • Bendalir lampau • Pepejal lampau
Tenaga tinggi
Jirim QCD • Plasma kuark–gluon • Bendalir lampau genting
Keadaan lain
Koloid • Kaca • Hablur cecair • Peringkat magnetik (Antiferomagnet • Ferimagnet • Feromagnet) • Cecair string-net • Kaca lampau
Peralihan
Pendidihan • Takat didih • Pemeluwapan • Garis genting • Takat genting • Penghabluran • Recombination • Pemendapan • Penyejatan • Penyejatan separa • Pembekuan • Pengionan • Takat Lambda • PeleburanTakat lebur • Pembekuan semula • Bendalir tepu • Pemejalwapan • Pembekuan lampau • Takat ganda tiga • Pengewapan
Kuantiti
Konsep
  • Binodal
  • Bendalir termampat
  • Kesan Leidenfrost
  • Kesan Mpemba
  • Kesan termodielektrik
  • Lengkungan penyejukkan
  • Pemanasan lampai
  • Persamaan keadaan
  • Order and disorder (physics)
  • Spinodal
  • Kekonduksian lampau
  • Superheated vapor
Senarai