Hutang 2D

Hutang 2D
PengarahIrwan Rauf
Eric Fuzi
Tarikh tayangan
  • 5 Ogos 2021 (2021-08-05) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Hutang 2D ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2021 arahan Irwan Rauf dan Eric Fuzi. Filem ini memulakan tayangan di Astro First pada 5 Ogos 2021.

Plot

Mengisahkan tentang Ayie, Seorang pelukis komik webtoon dan budak flat Yang kuat berangan dan bersifat pengecut hidup sederhana dengan ayahnya, Pak Jie selepas kematian ibunya. Namun segala hasil usahanya dipandang rendah oleh Pak Jie. Itu membuatkan hidup Ayie diselubungi kesedihan. Tabiat ayahnya Yang suka berjudi dan menipu duit orang membuatkan mereka diburu oleh penjahat bernama Farhan dan Kit.

Pada masa yang sama, Ayie juga menaruh perasaannya terhadap Shima, gadis Yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Suatu hari, Ayie didatangi seorang lelaki misteri bernama Gua Mambang. Lelaki tersebut memberikan Ayie sebuah tablet ajaib Yang mampu membuatkan semua lukisannya menjadi nyata. lalu Ayie mencipta pelbagai geng baharu dengan kuasa tersendiri dan sejak itu Ayie dan gengnya memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan ayahnya dan gadis Yang diminatinya, Shima.

Pelakon

  • Ayie Elham sebagai Ayie
  • Baby Shima sebagai Shima
  • Ropie Cecupak sebagai Pak Jie
  • Eric Fuzi sebagai Eric
  • Akram K sebagai Akram
  • Amir sebagai Amir
  • Falique sebagai Falique
  • Zai Hamzah sebagai Achoi
  • Black Hanifah sebagai Farhan
  • Wafiy sebagai Kit
  • Ogy Ahmad Daud sebagai Mak Ima
  • Altimet sebagai Gua Mambang
  • Danish Daniel @ Coki sebagai Aiman

Runut Bunyi

  • Hutang - Floor 88
  • Yang benar - Floor 88
  • Yang benar (Duet) - Ayie Elham, Baby Shima
  • Zalikha - Floor 88
  • Aqilah - Floor 88
  • Pura-Pura Bujang - Baby Shima
  • Jaga-Jaga - Azarra Band, Beby Acha
  • Ku Ingin - Floor 88
  • Suaramu Syairku - Harry Khalifah

Penerbitan

Penggambaran dijalankan Di sekitar Jalan Kuchai Lama,Kuala Lumpur Dan Sungai Buloh,Selangor pada Julai 2020 dimana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan Dan melonggarkan Perintah berkurung sekaligus membenarkan aktiviti tidak terkecuali penggambaran filem Dan drama.

Rujukan

Pautan luar