Go Woo-ri

  • Penyanyi
  • pelakon
  • model
InstrumenRapTahun aktif2009–sekarang
Syarikat rakaman
DSP Media
Pengkarya berkait
  • Rainbow
  • Rainbow Blaxx
  • DSP Friend

Go Woo-ri (lahir 22 Februari 1988), dikenali secara profesional sebagai Woori ialah seorang penyanyi, pelakon dan model Korea Selatan. Beliau merupakan penyanyi rap utama kumpulan wanita Korea Selatan, Rainbow.

Biografi

Woo-ri dilahirkan di Jeonju, Korea Selatan pada 22 Februari 1988. Beliau belajar di Sekolah Tinggi Seni Daejeon dan Universiti Sukan Kebangsaan Korea. Beliau sebelum ini merupakan seorang pelatih di SM Entertainment sebelum bertukar ke DSP Media.

Karier

Rainbow

Woo-ri membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi rap dan ahli terakhir untuk menyertai kumpulan Rainbow. Pada 12 November 2009, Rainbow mengeluarkan album mini, "Gossip Girls". Persembahan pertama kumpulan ini untuk "Gossip Girls" berlangsung dalam Show! Music Core pada 14 November 2009.

Rainbow Blaxx

Woori, Jaekyung, Seungah dan Hyunyoung membuat kemunculan pertama sebagai Rainbow Blaxx, sub-unit kedua Rainbow yang dibentuk pada tahun 2014. Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka bertajuk RB Blaxx pada 20 Januari 2014.

Aktiviti solo

Pada 10 November 2011, Woo-ri membuat penampilan pertamanya sebagai seorang pelakon dalam filem You're My Pet.[1] Pada tahun 2011, Woo-ri telah dipilih sebagai ahli musim kedua Invincible Youth.

Pada 27 Februari 2012, beliau berlakon dalam drama KBS2, I Need a Fairy.

Beliau kemudiannya diberikan peranan pembantu dalam drama Glorious Day (2014) dan Queen's Flower (2015).[2][3]

Filmografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Nota
2010 Heartbeat Kameo
2011 You're My Pet Lee Min-seon Peranan sokongan

Drama

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota
2012 I Need a Fairy KBS2 Go Ria
2013 Reply 1994 TVN "Uhm Jung-hwa" dari Universiti Yonsei Kameo dalam Episod 18
Couple Clinic: Love and War KBS2 Go Eun
2014 Glorious Day SBS Jung Da-in Peranan sokongan
2015 Queen's Flower MBC Seo Yoo-ra Peranan sokongan

Siri televisyen

Tahun Tajuk Saluran Nota
2011 – 2012 Invincible Youth (musim 2) KBS2 ahli
2012 – 2013 Hello Counselor tetamu

Penampilan video muzik

Tahun Lagu Artis Peranan
2013 Snake A-Jax Diri sendiri[4]

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 2016-05-03.
  2. ^ "Hong Bin, Go Woo-ri and Kwak Si-yang, Energetic Young Stars in 'Glorious Day'". getitk.com. 27 Mei 2014. Dicapai pada 2015-08-26. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Woori thanks fans for the coffee car sent to set of 'Flower of the Queen'". allkpop. 15 Mei 2015. Dicapai pada 2015-08-26. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ http://www.allkpop.com/article/2013/10/a-jax-teaches-fans-how-to-defeat-a-snake-in-new-mv-featuring-rainbows-woori

Pautan luar