Festival Filem Venezia

Perhiasan Palazzo del Cinema semasa temasya festival filem ke-74 pada tahun 2017.

Festival Filem Antarabangsa Venezia[nota bahasa 1] (Itali: Mostra Internazionale d'Arte Cinematografica della Biennale di Veneziacode: it is deprecated , "Pameran Seni Sinematografi Antarabangsa Dwitahunan Venezia"), didirikan pada tahun 1932, adalah festival filem yang tertua di dunia, dan salah satu festival filem "Tiga Besar" bersama Festival Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin.[1][2]

Acara ini merupakan sebahagian dari temasya Biennale Venezia yang telah diasaskan oleh Majlis Kota Venezia pada tahun 1895. Temasya tersebut kini merangkumi pelbagai acara yang berasingan termasuk: Pameran Seni Antarabangsa; Festival Muzik Kontemporari Antarabangsa; Festival Teater Antarabangsa; Pameran Seni Bina Antarabangsa; Festival Tarian Kontemporari Antarabangsa; Karnival Kanak-Kanak Antarabangsa; dan Festival Filem Venice berlangsung setiap tahun, iaitu acara yang yang boleh dikatakan paling terkenal antara semua acara ini.

Festival filem ini berlangsung pada akhir bulan Ogos atau awal September di pulau Lido, Venezia, Itali. Acara tayangan utama filem yang menjadi tumpuan tarikan diadakan di bangunan Palazzo del Cinema yang bersejarah di Lungomare Marconi serta di tempat-tempat lain yang berdekatan. Sejak awal penubuhannya, Festival Filem Venice telah berkembang menjadi salah satu festival filem yang paling berprestij di dunia.

Pengurusan

Pengurusan acara ini turut dikendalikan presiden Venice Biennale yang mewakilinya di hadapan pihak berkuasa dan media, jawatan ini dilantik oleh Kementerian Warisan Budaya Itali.

Anugerah diberikan

Ada seberapa anugerah berprestij dikurnia sewaktu temasya acara ini berlangsung:

  • Singa Emas ("Leone d'Oro") - anugerah untuk filem tayangan terbaik festival
  • Singa Perak ("Leone d'Argento") - anugerah untuk pengarah filem terbaik sepanjang festival berlangsung

Nota

  1. ^ Nama "Venezia" dipakai bagi mengelakkan kecenderungan mengikut mana-mana negara Nusantara untuk tujuan neutral: media di Malaysia baku sana lazim memakai pinjaman bahasa Inggeris "Venice" manakala baku Indonesia lazim pakai "Venesia".

Rujukan

  1. ^ Anderson, Ariston. "Venice: David Gordon Green's 'Manglehorn,' Abel Ferrara's 'Pasolini' in Competition Lineup". The Hollywood Reporter.
  2. ^ "Addio, Lido: Last Postcards from the Venice Film Festival". TIME.

Pautan luar

  • Festival Filem Venezia di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • La Biennale di Venice – laman sesawang rasmi (Inggeris) (Itali)
  • Sejarah Festival Filem Antarabangsa di laman La Biennale di Venice
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Catalonia
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)